Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikirlah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemudian1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
bedil Isenjata (spt senapang, meriam, dsb): ~ pekatu; ~ pemuras; ~ pengatu; ~ tegadas; ~-bedal bermacam-macam bedil; ~ besar sl meriam; menghadapkan ~ pulang prb merugikan kaum keluarga sendiri; menjual ~ kpd lawan prb mencelakakan diri sendiri; seletus ~ berbunyi, mencelur ikan dlm laut, berkokok ayam dlm hutan prb kata yg sepatah dapat menggemparkan orang di mana-mana (jika hendak berkata-kata, fikirlah dahulu supaya jangan menjadi heboh); berbedil-bedilan berbalas-balas tembakan, bertembakan, bertembak-tembak: kedua-dua pasukan itu ~ utk beberapa jam;membedil menembak dgn bedil, memasang bedil: musuh ~ kota itu dr laut;bedilan hasil membedil, tembakan: serangan-serangan tersebut dimulakan dgn ~-~ hebat dr dua buah kapal;pembedilan perbuatan membedil;pembedil orang yg tugasnya membedil.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas