asosiasi | perkaitan (antara satu dgn yg lain), perhubungan, pertalian: koleksi pelukis yg menggunakan bahan akrilik menampakkan ~ pelihatan Ghafar terhadap alam dgn teliti; begitu juga jikalau disebut imej ‘air’, ~ fikirannya akan cepat mengenangkan ‘air zamzam’; mengasosiasikan mengaitkan, menghubungkan, mengadakan (menunjukkan) pertalian: warna hanya boleh diasosiasikan dgn objek yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekspresif | (éksprésif) bkn sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas: sama ada melalui cetakan atau catan, Ghafar lebih memperlihatkan kesan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luahan | 1. sesuatu yg diluahkan (dimuntahkan dsb); 2. kata-kata (perasaan dsb) yg dikeluarkan atau dilahirkan: sbg orang lama dlm kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini merupakan rasa kecewa beliau terhadap golongan tersebut; ~ emosi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luah | ; meluah 1. berasa hendak muntah, meloya; 2. muntah; meluahkan 1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki mengeluarkan, melahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~ perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah; terluah diluahkan, dilahirkan, diungkapkan: banyaklah kenangan lama ~ satu demi satu; luahan 1. sesuatu yg diluahkan (dimuntahkan dsb); 2. kata-kata (perasaan dsb) yg dikeluarkan atau dilahirkan: sbg orang lama dlm kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini merupakan rasa kecewa beliau terhadap golongan tersebut; ~ emosi; perluahan tempat atau bekas utk meluahkan: maka tanah itu diludahkannya ke dlm sebuah ~; peluahan perihal (proses) meluahkan sesuatu (perasaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |