Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jenab


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suram1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ ca­hayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau be­berapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; suram-suram; ~ gelap sedikit gelap (se­hingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandan­gannya; kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas