sampai pd masa ketikanya | sampai pd waktunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ada kalanya | ada ketikanya; ada masanya; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ada kalanya | ada masanya (ketikanya), kadangkadang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menunggui masa | menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kala I | masa, waktu, ketika; ada ~nya, ada masanya (ketikanya), kadangkadang; barang ~ sebarang waktu; dahulu ~ zaman dahulu, purbakala; pd ~ pd masa, pd waktu; sekala; projek ~ projek yg dilaksanakan sekali sahaja dgn peruntukan khas; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang; berkala (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); tiada ~ tiada tetap waktunya; berkala-kala terkadang-kadang, dr semasa ke semasa; keberkalaan keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kala I | masa; ketika; waktu: pd ~ pd masa; ada ~nya ada ketikanya; ada masanya; berkala berulang-ulang diterbitkan pd waktu yg tetap (bkn majalah dll). berkala-kala sekali-sekali; terkadang-kadang. sekala; sekali-~ kadang-kadang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kala I | masa; ketika; waktu:pd ~ pd masa; ada ~nya ada ketikanya; sekali-sekali; dahulu (purba) ~ zaman dahulu. berkala berulang-ulang diterbitkan pd waktu yg tetap (bkn majalah dll). berkala-kala sekali-sekali; terkadang-kadang. sekala;sekali-~ kadang-kadang. | Kamus Pelajar |
ajal | batas hidup yg telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati, janji (akan mati): sebelum ~ berpantang mati; sudah sampai ~nya sudah sampai ketikanya ia mati; menemui ~ mati; menghadapi ~ menghadapi saat-saat akan mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lena | (léna) 1. lelap, nyedar, nyenyak: aku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu ~ semula; 2. leka, lalai, tidak sedar (ingat): semua orang ~, ~ dgn impian masing-masing; 3. lama (waktu), lambat-lambat: tidak berapa ~ ketikanya; berlena, berlena-lena sengaja menghabishabiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka; melenakan membuat supaya lena, menjadikan lena, melelapkan: dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh lakilaki itu; terlena 1. tertidur, tidur lelap: matanya dipejamkan dan dia mula ~ dgn tidak payah dipaksa-paksa; 2. terlupa akan hal-hal lain, terlalai, terleka: beberapa ketika ia ~ memikir-mikirkan masa depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api berbunyi; 3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka akan sesuatu; kelenaan 1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang hati-hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permainan | 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |