Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.ta] | مينتا

Definisi : 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkali­kali, banyak yg diminta, memohon, memo­hon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[min.ta] | مينتا

Definisi : ; berminta berharap supaya diberi sesuatu. meminta 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. ~ ampun (maaf) memohon supaya diberi ampun atau maaf. ~ berhenti memberitahu hendak berhenti drpd pekerjaan. ~ diri memohon supaya dibenarkan pergi atau pulang. ~ jalan memohon supaya diberi jalan utk dilalui. ~ nyawa memohon supaya tidak dibunuh. ~ sedekah mengemis. ~ tolong memohon pertolongan. meminta-minta 1 selalu benar meminta. 2 meminta sedekah; mengemis. permintaan 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. peminta orang yg meminta: ~ sedekah pengemis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(85)
Peribahasa

Minta pucuk pada alu.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).

 

Lihat selanjutnya...(24)

316

Nobody believes a liar when he speaks the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
minta-minta1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
berminta-minta, meminta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis;Kamus Dewan Edisi Keempat
mohon1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaf­lah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permin­taan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II.Kamus Dewan Edisi Keempat
permisiIB 1. izin, kebenaran, persetujuan: ia dimarahi pengurus syarikat kerana membuat tindakan tanpa ~ drpd ketuanya; 2. (minta) maaf: ~ dulu, saya belum mandi; 3. = minta ~ minta izin (kebenaran), minta diri: Aziz ~ pulang lalu keluar; orang-orang yg ~ bertambah banyak sehingga tambah lama tambah kosong rumah; Wati minta ~ masuk ke dapur dan kembali dgn semangkuk teh; 4. tidak hadir (ke tempat kerja dll) dgn izin; mempermisikan 1. meminta izin (tidak dapat datang bekerja dll), meminta kebenaran; 2. ark membenarkan, mengizinkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tolong; minta ~ minta bantuan atau sokongan. tolong-menolong, ber­tolong-tolongan saling membantu; bantu-membantu. menolong 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. pertolongan 1 perbuatan atau hal memberi bantuan: Dgn ~ doktor, anaknya dpt diselamatkan. 2 = tolongan apa-apa yg diberikan utk menolong; bantuan; sokongan. penolong 1 orang yg menolong: ~ Pengarah. 2 alat dll yg digunakan utk menolong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tolong= minta ~ minta bantuan (sokongan); tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu; menolong, menolongi 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderita-an dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; ~ wang (fikiran, tenaga) menolong dgn wang (fikiran, tenaga); menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; tertolong (sudah) ditolong, diselamatkan; tolongan ark = pertolongan; ketolongan beroleh pertolongan hingga selamat: agar ibunya ~; pertolongan perihal (perbuatan dsb) meno-long, sesuatu (yg digunakan) utk meno­long, bantuan, sokongan: dgn rahmat dan ~ Allah; ~ cemas pertolongan yg mula-mulaKamus Dewan Edisi Keempat
me­renggek-renggekmerengek-rengek, me­minta-minta dgn mendesak, menangis-nangis kerana menghendaki sesuatu; rengek.Kamus Dewan Edisi Keempat
merenggek, me­renggek-renggek merengek-rengek, me­minta-minta dgn mendesak, menangis-nangis kerana menghendaki sesuatu; rengek.Kamus Dewan Edisi Keempat
renggek(rénggék); merenggek, me­renggek-renggek merengek-rengek, me­minta-minta dgn mendesak, menangis-nangis kerana menghendaki sesuatu; rengek.Kamus Dewan Edisi Keempat
tambah1. sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh: berapa ~nya ukuran dada apabila di­kembangkan?; minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan; tukar ~ menukar barang dgn wang; 2. bp = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dll): maka tentulah aku ~ gembira lagi; 3. bp = ditambah dijadi­kan lebih banyak (besar, luas, dll), ditokok, di­jum­lahkan: jika tawar ~lah gula lagi; tanda ~ tanda campur; 4. = bertambah semakin: lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah se­­orang wanita yg kasar dan garang; ~ sen­tara yg ditambah utk keperluan sementara (bkn pekerja); bertambah 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat; ~ kurang semakin kurang, berkurang­an; ~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; ~ semakin kurang prb perihal kawan yg datang bukan utk mem­bantu melainkan menambah­kan kesusahan; bertambah-tambah 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir; ~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula: maka ~ pula picik pengetahuanku dlm ilmu menga­rang; menambah 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; menambahi memberi tambah pd, menokok (me­ngimbuh, menambah) pd: ~ apa yg ku­rang; menambahkan menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya; mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, mem­perluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; tambahan 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; ~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi; kata ~ kata yg menerangkan kata kerja atau kata sifat; pertambahan perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar; penambahan 1. perihal menambah (menam­bahi, menambahkan), perihal memberi tam­bah­an pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; penambah 1. sesuatu yg menambah; 2. imbuhan (yg ditambah pd kata pokok); 3. angka yg bercampur dgn angka lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas