berjejeran | berderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke restoran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dinamik | bersifat cergas; bertenaga:Kaum muda-mudi mestilah lebih ~ supaya lekas maju. | Kamus Pelajar |
muda-mudi | golongan orang muda (lelaki dan perempuan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muda- mudi | orang-orang muda (lelaki dan perempuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muda -mudi | a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
emosional | (émosional) cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan: pd waktu begini, perasaan muda-mudi amat sensitif dan ~ sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranggi I | 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejer | (jéjér) banjar, baris, deret, jajar; berjejer berbanjar, berjajar, berbaris, berderet (teratur): motokar-motokar ~ di jalan raya itu; berjejeran berderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke restoran; menjejeri terdiri berjejer-jejer di: Kuala Perlis dijejeri oleh rumah-rumah nelayan; menjejerkan mengatur berderet-deret (berbaris): ia ~ barang dagangan di atas bangku; jejeran deretan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawan I | 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pemakan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berkawanan berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerombolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses mengawan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permisif | bersifat terbuka yg membolehkan atau mengizinkan berlakunya sesuatu: terdapat sikap ibu bapa yg lebih ~, lebih mengizinkan dan lebih membiarkan; langkah demikian boleh mewujudkan masyarakat yg ~ dan menimbulkan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |