Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paha alat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
paha I1. bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul; 2. bahagian kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul; 3. sl perempat, suku; se~ sesuku; ~ belalang a) paha yg kecil dan lurus; b) sj penyemat (pin) baju; c) spring, pegas; ~ kek bahagian kek (alat tenun) yg berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang); bergendang ~ prb bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan; cubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga prb kiranya seseorang itu me­rosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya; diberi betis hendak ~ prb diberi sedikit, kemudian hendak banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
paha kekbahagian kek (alat tenun) yg berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang);Kamus Dewan Edisi Keempat
kunci I1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarum­nya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan­soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (mo­tor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai per­setujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (mem­bongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya.Kamus Dewan Edisi Keempat
garu Isj alat (sisir) utk menggaruk tanah dll; ~ bajang parut macam bekas digaruk pd paha perempuan sesudah melahirkan anak;bergaru bergaruk, menggaruk-garuk: murid itu ~ kerana diserang agas;menggaru 1. menggaruk (tanah dll); 2. mencakar-cakar dgn kuku: ~ kepala;tergaru-garu tergaruk-garuk; penggaru penggaruk (tanah dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
gendang I1. sj alat muzik drpd kayu bulat panjang yg berongga dan direntang dgn kulit (pd hujung pangkalnya); ~ nobat gendang yg dipakai utk nobat; ~ perang gendang yg digunakan semasa berperang; juru~ orang yg memukul gendang; 2. langgam (pukulan) gendang sbg isyarat, cara memukul gendang; ~ arak-arakan cara memukul gendang sewaktu berarak; ~ berangkat gendang yg menyatakan raja berangkat; ~ keling = ~ merdangga gendang yg disandang pd leher dan dipukul dgn kayu; ~ kembali gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan raja kembali; ~ melela = ~ serama gendang yg sebelah dipukul dgn kayu, dan yg sebelah lagi dipukul dgn tangan; ~ pendengar Id selaput telinga yg menerima suara; ~ perhentian = ~ galanjur gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan orang harus berhenti; ~ raya Kd beduk (tabuh); bagaimana bunyi ~, begitulah tarinya prb patuh pd segala perintah; situ juga ~ berbunyi prb sentiasa sama sahaja (tidak berubah); gendang-gendang, gendangan sj selaput, kulit ari; bergendang memukul gendang; ~ paha bersuka-suka kerana penderitaan orang lain; ~ deras prb berkuasa (bermaharajalela); bak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh prb keuntungan yg diterima secara berlebih-lebihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki1 bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dan digunakan utk berjalan, berdiri dll: Dia melunjurkan ~nya. 2 bahagian (drpd) kaki 1 yg di bawah sekali: ~nya luka terkena kaca. 3 bahagian yg menopang atau yg menyangga sesuatu: ~ kerusi bahagian kerusi sebelah bawah yg bertumpu ke lantai. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah: ~ bukit bahagian bukit yg di sebelah bawah. 5 satuan ukuran panjang yg panjangnya dua belas inci: Jambatan itu panjangnya enam ratus ~. 6 penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung. 7 ki orang yg suka melakukan sesuatu atau yg terlalu gemar akan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak. ~ ayam a. kaki pd ayam. b. kaki yg tidak berkasut. ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. ~ bangku a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. ~ botol orang yg suka minum minuman keras atau minuman yg memabukkan. ~ bunga bekas (tempat) meletakkan bunga. ~ gaduh orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. ~ hutan tepi atau pinggir hutan. ~ langit bahagian langit yg kelihatan seakan-akan bertemu dgn permukaan laut atau bumi. ~ lima a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. ~ pancing orang yg suka memancing dan biasanya yg pandai memancing. ~ seluar bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. ~ tangan a. kaki dan tangan manusia. b. orang yg diperalat oleh orang lain. ~ tiga alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. berkaki mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. mengaki 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. pekaki; ~ layar galah besar yg di sebelah bawah layar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tindihbertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, meng­himpit, menimpa: ahli gusti itu mere­bah­kan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusah­kan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntung­an­nya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluar­an syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan menca­kupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpit­an, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas