radioterapi | (radiotérapi) kaedah rawatan penyakit dgn menggunakan pancaran sinar spt sinar-X dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasukan pertolongan cemas | pasukan yg terlatih (spt bulan sabit merah dll) utk memberikan bantuan perubatan awal sementara mendapat rawatan perubatan yg sepatutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasukan | 1. sekumpulan (binatang), kawanan: tampak dr jauh se~ gajah; 2. sekumpulan (orang, tentera, dll), sekelompok; ~ berkaki = ~ jalan kaki pasukan tentera bersenjata yg berjalan kaki, infantri; ~ berkuda pasukan tentera yg berkuda, kavalri; ~ berani mati pasukan tentera yg bersedia mati (pantang undur); ~ jurutera pasukan tentera yg terlatih dlm lapangan kejuruteraan (membina jambatan dll); ~ kawalan kampung kumpulan orang yg mengawal keselamatan kampung; ~ kesebelasan kumpulan pemain bola sepak yg terdiri drpd sebelas orang; ~ keselamatan pasukan polis bersenjata (tentera) yg mengawal keselamatan negara; ~ liar Id pasukan yg tidak teratur (tidak termasuk tentera rasmi); ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg mencegah rusuhan atau perkumpulan haram; ~ pertahanan awam pasukan sukarelawan yg mengawal keselamatan orang awam; ~ pertolongan cemas pasukan yg terlatih (spt bulan sabit merah dll) utk memberikan bantuan perubatan awal sementara mendapat rawatan perubatan yg sepatutnya; ~ petugas sekumpulan orang yg diberi tugas menangani isu, masalah atau operasi tertentu; ~ udara sekumpulan kapal terbang angkatan udara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasuk | ; pasukan 1. sekumpulan (binatang), kawanan: tampak dr jauh se~ gajah; 2. sekumpulan (orang, tentera, dll), sekelompok; ~ berkaki = ~ jalan kaki pasukan tentera bersenjata yg berjalan kaki, infantri; ~ berkuda pasukan tentera yg berkuda, kavalri; ~ berani mati pasukan tentera yg bersedia mati (pantang undur); ~ jurutera pasukan tentera yg terlatih dlm lapangan kejuruteraan (membina jambatan dll); ~ kawalan kampung kumpulan orang yg mengawal keselamatan kampung; ~ kesebelasan kumpulan pemain bola sepak yg terdiri drpd sebelas orang; ~ keselamatan pasukan polis bersenjata (tentera) yg mengawal keselamatan negara; ~ liar Id pasukan yg tidak teratur (tidak termasuk tentera rasmi); ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg mencegah rusuhan atau perkumpulan haram; ~ pertahanan awam pasukan sukarelawan yg mengawal keselamatan orang awam; ~ pertolongan cemas pasukan yg terlatih (spt bulan sabit merah dll) utk memberikan bantuan perubatan awal sementara mendapat rawatan perubatan yg sepatutnya; ~ petugas sekumpulan orang yg diberi tugas menangani isu, masalah atau operasi tertentu; ~ udara sekumpulan kapal terbang angkatan udara; berpasukan berkumpul dlm pasukan, berpuak, berkawanan; berpasuk-pasukan berkumpul-kumpulan, berkelompok-kelompok, berkawan-kawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
doktor | 1. orang yg berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan: lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London; 2. orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian: ~ Bahasa dan Kesusasteraan; ~ ilmu hukum; ~ bedah doktor yg berkelayakan utk melakukan pembedahan; ~ falsafah ijazah yg tertinggi yg diberikan kpd seseorang siswazah lanjutan yg menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drpd para profesor; ~ gigi doktor yg ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi; ~ gula Id ahli dlm perusahaan gula; ~ haiwan = ~ binatang bp doktor yg mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya; ~ jiwa doktor yg pakar dlm penyakit jiwa; ~ mata doktor yg pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi; ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan; ~ pakar kanak-kanak = ~ anak Id doktor yg pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pediatrik; ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki pesawat terbang; ~ veterinar doktor haiwan; kedoktoran 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk menjadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ pengetahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesarjanaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sakit | 1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah mengejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg menyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandi I | 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) membasuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia mendapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk keduadua pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dikafan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-benderang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |