Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saja lah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sederhana1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; se­dang: Pakai­annya ~ sekali. 2 tidak ba­nyak selok-be­loknya; tidak sulit; mudah: Gunakan­lah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah di­faha­mi orang. menye­derhanakan men­ja­dikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan se­der­hana. penyederhanaan perbuat­an atau hal menyederhanakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merata-ratatersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah;Kamus Dewan Edisi Keempat
sepatutnya1 apa-apa yg patut; semestinya; selayaknya: ~ engkaulah yg memegang jawatan itu. 2 tentu saja; sebenarnya; sudah seharusnya: ~lah ibunya meminta pertolongan drpdnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siap1 sudah disediakan dan tinggal menggunakan atau memakainya saja; sudah sedia: Makanan sudah ~, mari­lah kita makan. 2 sudah selesai dikerjakan dll: Sudah dua tahun dikerjakan, bangunan itu masih belum ~ lagi. 3 = ~ sedia sudah bersedia utk melakukan sesuatu dll: Mereka sudah ~ utk me­nentang musuh. ~ pakai (sudah) siap atau sedia utk dipakai (digunakan): baju ~ pakai. bersiap 1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh. menyiapkan 1 mengurus se­suatu supaya siap teratur; menyediakan: Isterinya sedang ~ sarapan. 2 menyelesaikan sesuatu pekerjaan dll; menyudahkan: Kami terpaksa ~ sebuah rumah dlm masa enam bulan. mempersiapkan mengusahakan su­paya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. persiapan perbuatan atau hal bersiap; persediaan: Mereka sedang menjalani latihan sbg ~ utk menyertai sukan Olimpik nanti. penyiapan perbuatan atau hal me­nyiapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
usah1 perlu; mustahak: Tak ~ bersusah hati kerana saya sedia membantu. 2 jangan: ~lah menangis. usahkan jangankan: ~ hendak menolong, datang menjenguk saja pun dia tidak pernah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merata1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas;Kamus Dewan Edisi Keempat
tahu1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. 2 cekap lagi pandai melakukan sesuatu; bijak: Dia seorang saja yg ~ membuatnya. 3 kenal akan; mengenali: ~kah kamu siapa orang itu? tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali. mengetahui 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. ke­tahuan sudah diketahui; menjadi jelas; nyata: Akhirnya tujuannya yg jahat itu ~ juga. pengetahuan 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. setahu 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sepatutnya1 apa-apa yg patut; semestinya; selayaknya: ~ engkaulah yg memegang jawatan itu. 2 tentu saja; sebenarnya; sudah seharusnya: ~lah ibunya meminta pertolongan drpdnya.Kamus Pelajar
kekalada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi: Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan: Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
biar1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas