Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanduk (kata nama)
Bersinonim dengan cula, sumbu;,
Kata Terbitan : bertanduk, menanduk,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dahi1. bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut; bulu ~ kening; ~nya kiliran taji ki dahinya licin; ~nya sehari bulan ki kaki rambutnya melengkung spt bulan sehari; 2. ki bahagian depan (sesuatu) yg boleh disifatkan sbg dahi; ~ layar kayu pd tiang utk menguatkan layar; biar ~ berluluk asal tanduk mengena prb biar bersusah payah asal maksud tercapai; siapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga prb siapa pun yg berkuasa, aku tetap meng­hor­matinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
anak I1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga ke­sihatan­nya supaya ~nya yg di dlm kan­dungan juga sihat; ~ kecil yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~ itu sudah ke seko­lah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~ gajah; ~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau rumpun pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~ pisang; 6. orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sese­buah negeri): ~ Melaka; ~ Siam; 7. ang­gota (kumpulan pekerja dll), kakitangan, pe­kerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd se­suatu benda: ~ tangga; 9. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil; b) bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~ ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon (wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~ buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~ bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~ cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~ timbangan batu (besi) pd sj timbangan utk me­nentukan berat; ~ dagang orang asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg dijumpai di jalan; ~ dara anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung perahu; ~ didik seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih, dibimbing dsb) supaya mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~ emas a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~ gahara anak raja drpd permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang anak yg lahir di luar nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg pemukul (yg membunyikan); ~ gobek pelo­cok (antan) pd gobek; ~ guam orang yg meng­gunakan khidmat atau mendapat bantu­an (nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~ gugur anak yg lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak raja drpd gundik; ~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg sah); ~ haram bk anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya, anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan a) bp anak lelaki; b) orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget penari joget; ~ kalimat Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~ kandung anak sendiri; ~ kapal pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati anak dacing; ~ kemanakan anak (dr) saudara; ~ kembar dua (tiga dll) anak yg lahir bersama-sama dr satu kandungan; ~ kencing bk anak haram; ~ keti bola kayu yg dipakai dlm sj permainan; ~ kolong Id bk anak serdadu (zaman kolonial); ~ komidi pelakon; ~ kunci a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan; ~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerong­kongan); ~ limpa kelenjar yg mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~ lumpang pelocok pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata; ~ meja laci meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a) anak yg masih belajar di sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~ negeri a) orang yg berasal atau di­lahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ ngah anak yg kedua; ~ panah peluru panah, anak busar; ~ pandak anak yg keempat; ~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara); ~ panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru; ~ penakan anak drpd saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu, kakitangan perahu; ~ piara anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak yg tidak beribu bapa; ~ pisang Mn anak mamak (menurut keturunan laki-laki); ~ pungut anak yg diambil jadi anak sendiri; ~ putih anak yg keenam; ~ rambut rambut di pelipis; ~ ronggeng penari ronggeng; ~ saku kocek kecil; ~ sanak = ~ saudara anak drpd saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang; ~ sasian Mn murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah); ~ semang orang yg bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung anak yg tertua; ~ sum­bang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak boleh dikahwini; ~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg kasar; ~ sungai sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan a) anak yg masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat syarikat yg sebaha­gian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua syarikat atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain; ~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~ tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di depan daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak dacing; ~ tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang di­rawat; b) anak yg dibesarkan dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon (wayang, bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~ yatim a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu; ~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku dilepas­kan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletak­kan, kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabai­kan; ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan ber­khianat kelak; ~ orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga; ~ seorang menantu malim prb dikata­kan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya; ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan; bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tem­pat orang lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan; dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb men­dengar­kan tutur manis orang, pekerjaan sen­diri diabaikan; kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang; kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan; kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran; meng­gerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd sese­orang yg beranak banyak tetapi malas men­cari nafkah; rosak ~ oleh menantu prb men­dapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam ke­hilang­an ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (peng­harapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ Kamus Dewan Edisi Keempat
perilakutindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap sesuatu (rangsangan) yg menggam­barkan sikapnya: pemilihan itu didasarkan pd ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyondol1. menolak (merempuh, melanggar dsb) dgn menundukkan kepala atau dgn muncung (bahagian hadapan sesuatu, tanduk dsb): lembu itu ~ budak yg sedang bermain-main; tanpa disengajakan, kereta­nya telah ~ kereta Adam sehingga kemik teruk di bahagian belakangnya; 2. me­nangkis bola dgn kepala, menanduk bola;Kamus Dewan Edisi Keempat
sondol; menyondol 1. menolak (merempuh, melanggar dsb) dgn menundukkan kepala atau dgn muncung (bahagian hadapan sesuatu, tanduk dsb): lembu itu ~ budak yg sedang bermain-main; tanpa disengajakan, kereta­nya telah ~ kereta Adam sehingga kemik teruk di bahagian belakangnya; 2. me­nangkis bola dgn kepala, menanduk bola; bersondol-sondolan saling menyondol an­tara satu sama lain; tersondol menyondol atau disondol dgn tidak sengaja; sondolan hasil atau gerakan menyondol: dia tidak dapat mengawal keretanya akibat ~ kereta yg sangat kuat dr belakang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kumbang1. sj serangga yg berkepak dan berkulit keras; jenis-jenis: ~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dll; 2. sj serangga (lebah); jenis-jenis: ~ kayu, ~ madu dll; 3. ki hitam (berkilat); anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yg hitam bulunya; ~ ambrosia sj kumbang perosak kayu dlm famili Platypolidae dan beberapa genus dlm famili Scolitidae dan Lymaxylidae; ~ bubuk sj kumbang perosak kayu dlm famili Bostrychidae dan Lyctidae; ~ kulit sj kumbang perosak kayu dlm famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia); ~ kura-kura kumbang kecil ber­warna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam; ~ perabot sj kumbang perosak kayu dlm famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum; ~ sesungut panjang sj kumbang perosak kayu dlm famili Cerambycidae yg larvanya mengorek kayu; ~ melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya; ~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perem­puan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup; bagai ~ putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya); mengumbang mendengung-dengung (ber­bunyi berdengung-dengung) spt kumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tindak1. Jw langkah: ia bangun sambil berjalan se~ demi se~ kembali ke kerusinya; 2. perbuatan, perlakuan; ~ pidana perbuatan jenayah (kejahatan); ~-tanduk a) segala tingkah laku (perbuatan, kelakuan); b) sepak terajang; bertindak menjalankan usaha (kegiatan dll) utk sesuatu, mengambil langkah-langkah dsb utk mengatasi (menyelesaikan, menentang, dsb) sesuatu, berbuat, berlaku: ia mahu berfikir panjang sebelum ~ apa-apa; ia bersetuju ~ sbg perantaraan utk menyelesaikan perte­lingkahan itu; ~ sendiri berbuat (melakukan) sesuatu menurut kehendak sendiri; menindak ark melakukan sesuatu terhadap; menindakkan melakukan, melaksanakan, menjalankan: ~ kekerasan; tindakan 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebak­nya rusuhan; mengambil ~ a) me-laksanakan (mengadakan) peraturan-peraturan sbg mencegah atau menyelesaikan sesuatu; b) bertindak; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; ~ pentadbiran (Udg) tindakan yg perlu dilaku-kan utk melaksanakan dasar dan maksud perundangan; ~ perusahaan tindakan spt mogok dan bekerja lambat-lambat, yg diambil oleh para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yg diterima, suasana kerja dsb; ~ susulan langkah (gerakan dsb) yg diambil (dilakukan) selepas mendapat mak-lumat (laporan dsb) atau berikutan drpd sesuatu; ~ tatatertib hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
cabang I1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan penge­tahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn mele­kapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
contoh1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
runcing1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (ke­adaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal ke­ja­hatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, per­se­lisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg di­pe­r­buat spt galah dan diruncingkan hujung­nya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mem­pertajam atau mem­perhalus (semangat, pen­dengaran, dll): dan diperuncingnya pen­dengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. ke­gen­tingan (keadaan, perselisihan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas