Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terantuk

Puisi
 

Tukul sumbing pecah berjalan,
     Pecah terantuk tebik terjatuh;
Niat di hati menjolok bulan,
     Bulan dijolok bintang yang jatuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai terung terantuk ke dinding.

Bermaksud :

Datang berkunjung sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terantuktersentuh (pd); terlanggar (pd).Kamus Pelajar
kena1. bersentuh dgn; berlanggar dgn; terantuk pd:Kapal itu tenggelam ~ batu karang. 2. tidak menyimpang dr sasarannya (bkn tembakan dll): Tembakannya tidak ~ pd sasarannya. 3. menderita sesuatu; ditimpa sesuatu (penyakit dll): Sudah sebulan ia ~ penyakit itu. ~ hujan ditimpa hujan;~ sampuk diganggu atau disakiti oleh hantu, syaitan dsb. 4. tidak dikecualikan drpd mematuhi peraturan; tidak bebas drpd bayaran dll: Semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu. 5. menanggung sesuatu perbuatan: ~ tahan ditahan; ~ tipu tertipu. 6. terpaksa membuat sesuatu:Dia merungut kerana tiap-tiap hari ~ mencari kayu api. 7. cocok atau sesuai (dgn jiwa, tempat dll); sepadan (antara dua benda); berpadanan; berpatutan (bkn harga): Dia menjadi berang kalau ada sesuatu yg tidak ~ dihatinya. Pakaian yg sopan itu ~ pd tempatnya. berkenaan, = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn:Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. mengena 1. kena tepat (pd yg dituju atau sasarannya): Tembakannya ~ dan perompak itu jatuh lalu mati. 2. memberi hasil; mendapat hasil:Jeratnya ~. Pancingnya ~. kena-mengena 1. ada sangkut pautnya; ada hubungannya atau ada kaitannya:Saya tidak ~ dgn perkara itu. 2. bersaudara-mara; berkeluarga; berkerabat:Dia ~ dgn saya kerana datuknya sepupu datuk saya. mengenai 1. kena pd yg dituju:Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2. berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang:Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. mengenakan 1. memakai (pakaian dll); menyarungkan (cincin dll): Dialah yg ~ pakaian pd pengantin itu. 2. mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikut sesuatu (peraturan dll); membebani seseorang dgn sesuatu:Kerajaan ~ cukai pd barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negeri kita ini. 3 = mengena-ngenakan menipu; memperdaya:Mereka sengaja hendak ~ orang tua itu. terkena 1. menderita atau tertimpa sesuatu:Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2. tersentuh pd:Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3. tertipu; terpedaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi.Kamus Pelajar
mengaduhmenyebut aduh; mengeluh: Ia ~ apabila kepalanya terantuk.Kamus Pelajar
senyarrasa menggelenyar pd tangan dll (spt apabila siku kita terantuk pd sesuatu).Kamus Pelajar
sengguk; tersengguk2 kepala bergerak ke depan dgn tiba-tiba; terantuk ke depan: Ketika Ali membrek keretanya kami yg di dlm keretanya semua ~.Kamus Pelajar
aduhkata seru utk menyatakan rasa sakit, hairan dll: ~! Sakitnya pinggang saya. mengaduh menyebut aduh; mengeluh: Ia ~ apabila kepalanya terantukKamus Pelajar
antukberantuk bersentuh (dgn); berlanggar (dgn): Kepalanya ~ dgn tiang. berantukan saling berantuk. mengantuk menyentuh; melanggar. mengantukkan melagakan atau melanggarkan sesuatu pd: Ia ~ kepala budak nakal itu ke tembok. terantuk tersentuh (pd); terlanggar (pd).Kamus Pelajar

Kembali ke atas