Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
titik (kata nama)
Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;,
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bintik1. titik pd kulit (kerana kena panas dll); 2. titik pd sesuatu benda: air hitam yg banyak ~ buih naik dr dalamnya; ~ perang sj penyakit pokok (kelihatan bintik-bintik perang);berbintik, berbintik-bintik ada titik-titik, bertitik(-titik): mukanya pucat tiada ~ warna apa pun; peluh berbintik-bintik halus terpancar keluar dr dahinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jurai1. jalur (kain dll) yg panjang, lajur: rangka bentuk dibuat drpd ~ besi tuang yg tebalnya ”; 2. ikat benda yg terjuntai (spt benang, rambut, dll); 3. susunan yg berturut-turut, rangkaian: Haeckel telah menyelidiki ~ keturunan alam haiwan; ~ keturunan raja-raja; ~-jemarai jatuh bertitik-titik: hujan panas ~-jemarai; berjurai 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh); menjurai Kl memotong (kuih dll) dgn memanjang; juraian sesuatu yg terjuntai: dia merengus dan jemarinya menyirati ~ rambut separas bahu.Kamus Dewan Edisi Keempat
timpabertimpa-timpa = timpa-bertimpa 1. bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak; 2. berturut-turut datangnya (berlakunya): penyakit pun ~lah datang; mendapat keuntungan dan kemujuran timpa-bertimpa; menimpa 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn se-suatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; menimpai menimpa pd: titik-titik embun ~ daun; besarlah kerugian yg akan ~ mereka; menimpakan 1. menjatuhkan sesuatu supaya menindih (menghempap) sesuatu, menjadi-kan menimpa; 2. mempertang­gungkan (me-ngenakan, memikulkan) sesuatu yg tidak menyenangkan (hukuman, kesalahan, dll): begitu berat hukuman yg ditimpakan pada-nya; 3. Jk mengenakan (pukulan, tetakan): ia ~ parangnya pd bahu pencuri itu; tertimpa 1. ditimpa (oleh), tertanggung (ter-beban, terkena) sesuatu yg menyukarkan (spt penyakit, kemalangan, dll): setelah ia besar tanggungjawab mengurus hal-hal keluarga-nya ~ di atas dirinya; badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit tersebut; 2. = ketimpaan Jk terpukul, dicuri, dirompak; timpaan 1. tindihan, himpitan (yg kuat): perkara yg aku tanggung ini lebih berat drpd ~ sebuah gunung; 2. beban atau tanggungan (yg menyukarkan); 3. Jk (barang) curian.Kamus Dewan Edisi Keempat
lebur I1. menjadi cair (logam dll), hancur, luluh: tabung semacam ini tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yg terlalu tinggi; titik ~ = takat ~ paras suhu yg menyebabkan logam dll menjadi lebur; 2. ki rosak langsung, jahanam, musnah: begitulah ~ kekuatan orang yg bongkak itu; ~ hati hancur hati (perasaan), teramat dukacita; sama ~ sama binasa prb (orang yg) seia sekata; melebur menjadi lebur (logam dll): bijih yg sedang ~ itu kemudiannya dituang ke dalam acuan yg berbentuk bata; meleburkan 1. menjadikan hancur (lebur dll), menghancurkan: panas drpd pem­bakaran bahan api itu ~ batu kapur dan meninggalkan kapur tohor; 2. memusnah­kan, merosakkan: dgn keris dan lembing pd tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh kita; 3. memansuhkan sesuatu dan mengganti­kan (menggabungkan) dgn yg lain: salah satu yg mesti dileburkan oleh parti ialah hidup berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat bagi kaum kapitalis; ~ diri (kpd, ke dlm) menyertakan diri, menggabungkan diri: ~ diri ke dlm parti politik; ~ diri ke dlm kegiatan persatuan; terlebur yg telah menjadi lebur, yg telah melebur; leburan sesuatu (logam dll) yg telah dilebur­kan: ~ timah; peleburan 1. perbuatan (kerja, proses, dsb) meleburkan sesuatu (logam dll); 2. tempat meleburkan sesuatu (logam dll); pelebur 1. alat utk meleburkan sesuatu (spt relau dll); 2. orang yg membuat atau men­jalankan kerja peleburan (logam dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
hujan1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja ber­jalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nela­yan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, mem­­basahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau me­lepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas