Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau abang pandai merebat,
     Tolong rebat pokok keranji;
Kalaulah abang pandai mengubat,
     Tolonglah cari ubat tak mati.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Kalau laba bercikun-cikun,
     buruk diberitahu orang.

Bermaksud :

Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.

 

Lihat selanjutnya...(2)

315

A liar is not believed when he tells the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
citodok[tSi.to.do/]kata kerjajolok.Tolong citodok buwoh mangge ni.[to.loN tSi.to.do/ bu.wh mAN.g« ni]Tolong jolok buah mangga ni.
songsong[sN.sN]kata kerjamenolak sesuatu.Tolong songsong meja tu ke tepi.[to.loN sN.sN mE.dZA tu k« t«.pi]Tolong tolak meja itu ke tepi.
daye[dA.j«]kata kerjamemetik buah (dengan cara kait, panjat).Tolong daye buah mangge tu.[to.loN dA.j« bu.wh mAN.g« tu]Tolong petik buah mangga tu.
keloreh[k«.l.ÄEh]kata adjektifberkenaan kedudukan sesuatu yang terkeluar dari tempat asalnya.Langse tu keloreh, tolong betulkan.[lAN.se tu k«.l.ÄEh to.loN b«.tul.kAn]Langsir itu keloreh, tolong betulkan.
lembang II[lEm.bAN] berkenaan sesuatu keadaan yang tidak tersusun.Ce suson buku tu, lembang ngat.[tS« su.son bu.ku tu lEm.bAN NAt]Tolong susun buku itu kerana ia sangat tidak tersusun.
tutong[tu.toN]kata kerjamencurah sesuatu biasanya cecair.Ce tutong ae ikan kat pokok bunge.[tS« tu.toN Ae i.kAn kAt po.ko bu.N«]Tolong curahkan air basuhan ikan di pokok bunga.
cekatang[tS«.kA.tAN]kata namabekas berbentuk silinder dan bertutup daripada daun mengkuang.Ce ambek cekatang tu nok isi empeng.[tS« Am.be/ tS«.kA.tAN kj n/ i.si «m.peN]Tolong ambilkan cekatang itu hendak isi emping.
getang[g«.tAN]kata kerjamengeluarkan isi buah dengan cara memotong sekeliling pada bahagian tengah kulit buah (seperti limau bali, manggis, rambutan).Ce getang limau bali tu.[tS« g«.tAN li.mAw bA.li tu]Tolong keluarkan isi limau bali itu.
buyong[bu.joN]kata namabakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; bujang.Ce ulo buyong, mok nok buboh padi[tS« u.lo bu.joN m/ n/ bu.boh pA.di]Tolong hulurkan bakul mengkuang, emak hendak bubuh padi.
ketapak[k«.tA.pA/]kata namabangku kecil tempat duduk, biasanya digunakan oleh orang perempuan ketika membasuh atau melakukan kerja-kerja ringan secara duduk.Ce ambek ketapak, mok nok dudok basoh baju.[tS« Am.be/ k«.tA.pA/ m/ n/ du.do/ bA.soh bA.dZu]Tolong ambilkan ketapak, emak hendak duduk sambil membasuh baju.

Kembali ke atas