[ba.ja] | باج
Definisi : bahan utk menyuburkan tanaman, yg mengandungi zat spt nitrogen, fosforus dan kalium yg dihasilkan secara semula jadi atau buatan; ~ buatan Id = ~ tiruan baja yg dibuat drpd bahan kimia; ~ campuran baja yg terdiri drpd dua atau lebih zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dicampurkan secara fizikal utk memperoleh gabungan zat yg dikehendaki; ~ cecair baja dlm bentuk cecair; ~ dagang = ~ dagangan baja yg dibuat di kilang drpd bahan mentah bukan organik; ~ fosfat baja yg mengandungi fosfat, biasanya digunakan utk meningkatkan kandungan fosfat dlm tanah; ~ hijau (Tani) a) tumbuh-tumbuhan hijau yg dibajak supaya bercampur dgn tanah (tempat ditanami sesuatu jenis tanaman) dan dijadikan baja; b) baja yg belum mengalami sebarang kerosakan; ~ kandang Id baja drpd tahi lembu (kerbau, kuda, dll); ~ kimia baja yg dibuat drpd atau yg menggunakan bahan-bahan kimia; ~ kompos baja drpd sisa organik yg terurai; ~ sebatian baja yg mengandungi dua atau tiga zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dihasilkan melalui proses kimia; ~ tunggal baja yg mengandungi salah satu zat, sama ada nitrogen, fosforus atau kalium;membaja, membajai membubuh baja, memberi baja: ~ tanah;pembajaan perbuatan (kerja, proses) membaja(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.ja] | باج
Definisi : sj besi yg keras;berbaja berlapis baja, dikeraskan dgn baja; jika pisau tidak ~, makin dikikir bertambah tumpul prb jika anak tidak berpembawaan, makin diajar bertambah bodoh;membaja 1. = membajai mengeraskan besi dgn cara memanaskan dan menyejukkannya kembali: besi ini telah dibaja dan dikeraskan mengikut patutnya; 2. ki sangat keras (spt besi baja): hatinya telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.ja] | باج
Definisi : bahan penghitam gigi (drpd campuran minyak dan arang tempurung);berbaja telah dihitamkan dgn baja (bkn gigi): giginya baru wilis ~, pucat manis warnanya durja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.ja] | باج
Definisi : bahan yg digunakan utk menyuburkan tanam-tanaman atau tanah; pupuk. ~ asli (alam, organik) baja yg dibuat drpd tahi binatang atau tumbuh-tumbuhan yg sudah reput. ~ buatan (kimia) baja yg dibuat drpd bahan-bahan kimia. ~ campuran baja yg terdiri drpd dua unsur baja atau lebih, mis baja organik dan baja kimia. ~ fosfat baja buatan yg di dlmnya terdapat berbagai-bagai jenis garam drpd asid fosforik. ~ hijau baja yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan. ~ kandang baja yg dibuat drpd tahi binatang. ~ kompos baja yg dibuat drpd campuran tumbuh-tumbuhan dan tahi binatang yg diperam dan dibiarkan reput. ~ urea baja buatan yg di dlmnya banyak terdapat ammonia dan karbon dioksida. membaja 1 menjadikan subur dgn membubuh baja; memupuk: Bapa saya sedang ~ sayur-sayuran di kebun. 2 membubuh baja pd; memupuk: ~ tanah. pembajaan perbuatan atau hal membaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ba.ja] | باج
Definisi : 1 = besi ~ besi yg keras; waja; keluli. 2 ki sesuatu yg kuat dan keras (spt semangat, kemahuan). berbaja berlapis baja: Jika pisau tidak ~, makin dikilir bertambah tumpul. membaja menjadi keras sekali (spt baja). membajai mengeraskan besi (pisau dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)