Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(15)

128

Cut your coat according to your cloth

Berbelanjalah mengikut kemampuan

Ukur baju di badan sendiri

We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and cut your coat according to your cloth.

Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Ukur baju di badan sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jarang merenye[dZA.ÄAN m«.Ä«.øE] berkenaan baju, kain dan sebagainya yang sangat jarang; jarang bederang.Malu kawan nengok dia pakai baju jarang merenye.[mA.lu kA.wAn nE.N/ di.j« pA.kAj bA.dZu dZA.ÄAN m«.Ä«.øE]Malu saya tengok dia pakai baju jarang merenye.
lembang I[lEm.bAN]kata kerjamenyelerakkan barang.Mok lembang baju cari duet ilang.[m/ lEm.bAN bA.dZu tSA.Äi du.wet i.lAN]Emak menyelerakkan baju kerana mencari wang yang hilang.
pole[po.le]kata adjektifberkenaan warna yang luntur.Baju tu baru basoh sekali doh pole.[bA.dZu tu bA.Äu bA.soh s«.kA.li dh po.le]Baju itu baru dibasuh sekali sudah luntur warnanya.
lejot[l«.dZot]kata adjektifberkenaan sesuatu dalam keadaan basah kuyup.Lejut baju wek kene ujan.[l«.dZot bA.dZu we/ k«.n« u.dZAn]Basah kuyup baju nenek terkena hujan.
belulu[b«.lu.lu]kata adjektifkotor.Belulu beto koi nengok baju budok tu.[b«.lu.lu b«.to koj nE.N/ bA.dZu bu.do/ tu]Kotor betul saya lihat baju budak itu.
besek[b«.se/]kata namaair embun yang melekat pada daun, rumput dan lain-lain.Abeh seluwa baju adek keno besek.[A.beh s«.lu.wA bA.dZu A.de/ k«.n b«.se/]Habis seluar dan baju adik terkena besek.
kering embe-embe[k«.ÄiN Em.bE.Em.bE] berkenaan pakaian yang lembap.Jangan pake baju kering embe-embe, kang naek panau.[dZA.NAn pA.kE bA.dZu k«.ÄiN Em.bE.Em.bE kAN nA.e/ pA.nAw]Jangan dipakai baju yang lembap, nanti naik panau.
sebobot[s«.b.bt]kata adjektifberkenaan pakaian yang tidak kemas.Gone nok paih intebeu, sebobot je baju.[go.n« no/ pAC in.t«.bi.ju s«.b.bt dZ« bA.dZu]Macam mana hendak lulus temu duga, baju tidak kemas.
bedarang[b«.dA.ÄAN]kata adjektifberkenaan sesuatu yang berlubang-lubang akibat sesuatu seperti ditembusi peluru, dimakan anai-anai dan lain-lain.Baju bedarang makan anai-anai.[bA.dZu b«.dA.ÄAN mA.kAn A.nAj.AnAj]Baju berlubang-lubang dimakan anai-anai.
pok sekarat[po/ s«.kA.ÄAt] baju Melayu zaman dahulu berleher cekak musang tetapi berbutang hingga ke bawah , biasanya bercorak belang dan dibuat daripada jenis kain yang licin.Aki sayang beno dengan pok sekarat lamanye tu.[A.ki sA.jAN b«.n d«.NAn po/ s«.kA.ÄAt lA.m«.ø« tu]Aki sangat sayang baju Melayu lamanya itu.
12

Kembali ke atas