Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)

551

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(39)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bolong[b.lN]kata adjektifberkenaan perut yang kembung kerana banyak minum air.Jangan minum ae nyo banyak-banyak, kang bolong.[dZA.NAn mi.num Ae ø/ bA.øA/.bA.øA/ kAN b.lN]Jangan minum air kelapa banyak-banyak, nanti kembung.
lolok[l.l/]kata nama1. parit besar.Dalam lolok banyak anak ikan.[dA.lAm l.l/ bA.øA/ A.nA/ i.kAn]Dalam parit besar ada banyak anak ikan.
rabong[ÄA.boN]kata adjektifberkenaan sesuatu yang banyak melebihi hadnya.Jangan rabong ngat buboh nasik dalam pinggan.[dZA.NAn ÄA.boN NAt bu.boh nA.si/ dA.lAm piN.gAn]Jangan banyak sangat bubuh nasi dalam pinggan.
jihem[dZi.hem]kata adjektifberkenaan sesuatu yang banyak.Jihem beno krete kat rumoh aji, ade kenuri agaknye.[dZi.hem b«.no kÄE.t« kAt Äu.mAh A.dZi A.d« k«.nu.Äi A.gA/.ø«]Banyak sungguh kereta di rumah haji, ada kenduri agaknya.
cukang[tSu.kAN]kata adjektiftanda pangkah.Esok ayah tok nok tengok buku ni banyak cukang.[E.so/ A.jAh t/ n/ tE.N/ bu.ku ni bA.øA/ tSu.kAN]Nanti ayah tidak mahu melihat buku sekolah ini banyak tanda pangkah.
bulun[bu.lun]kata namatumpahan minyak yang kelihatan bertompok-tompok di tepi pantai.Man geli nak ke pantai pase banyak bulun.[mAn g«.li nA/ k« pAn.tAj pA.sE bA.øA/ bu.lun]Saya geli hendak ke pantai sebab banyak tumpahan minyak.
sekoye[s«.k.j«]kata adjektifberkenaan kesan torehan yang banyak pada pokok getah untuk mengeluarkan dan mengalirkan susu.Mamat tok nok toreh getah Pak Abu pase sekoya.[mA.mAt t/ n/ t.ÄEh g«.tAh pA/ A.u pA.sE s«.k.j«]Mamat tidak mahu menoreh getah Pak Abu kerana torehannya terlalu banyak.
polok[p.l/]kata kerjamakan banyak lauk tetapi nasi sedikit.Simpan lauk untuk orang laen, jangan polok.[sim.pAn lA.wu/ un.tu/ .ÄAN lA.en dZA.NAn p.l/]Simpan lauk untuk orang lain, jangan makan lauk sahaja.
sengoh[sE.Nh]kata namasejenis ikan sungai yang bersisik, terdapat banyak tulang dan isinya berwarna putih.   
beperai[b«.p«.ÄAj]kata namateknik menangkap ikan dengan cara melepaskan tali tangsi yang mempunyai banyak mata kail ke laut. Tali ini kemudiannya ditarik perlahan-lahan ketika bersampan.Sari suntok koi beperai dapat seko je.[sA.Äi sun.to/ kj b«.p«.ÄAj dA.pAt sE.ko dZ«]Sehari suntuk saya beperai, dapat seekor ikan sahaja.
123

Kembali ke atas