Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tu] | باتو

Definisi : 1 benda keras yg berasal dr bumi tetapi bukan logam dan terdiri drpd pelbagai jenis: Mereka sedang mengutip ~ di sungai. 2 sj logam kecil yg dipakai dlm alat pemantik api (utk mencetuskan api). 3 ukuran jarak sejauh 1,760 ela (1.6 kilometer): Berapa ~ jauhnya dr Jerantut ke Kuantan? ~ api ki orang yg suka menghasut orang lain supaya bergaduh. ~ asah batu yg digunakan utk mengasah pisau dsb. ~ bata batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding rumah dsb. ~-batan segala jenis batu. ~ berani besi berani. ~ bersurat batu yg dipahat dgn huruf-huruf; prasasti. ~ dacing (timbang) timah dll pd dacing utk menimbang. ~ giling batu tempat menggiling rempah-rempah dll. ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu hingga boleh menyebabkan rasa sakit. ~ igneus batu yg terjadi drpd leleran gunung berapi. ~ kapur batu yg di dlmnya terdapat zat kalsium (digunakan utk membuat simen dll). ~ karang batu yg terjadi drpd karang-karangan di laut. ~ kelikir batu yg kecil-kecil utk membuat jalan. ~ kepala tulang kepala. ~ kisar batu yg digunakan utk mengisar gandum dll utk dijadikan tepung. ~ lada batu kelikir yg halus-halus. ~ loncatan a. batu tumpuan utk melompat. b. ki orang atau tempat yg digunakan utk mencapai sesuatu. ~ marmar batu yg putih licin dan sering digunakan utk membuat lantai dsb. ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 meter (lebih kurang 2025 ela). ~ permata batu yg berharga, spt zamrud. ~ telerang batu yg di dlmnya terdapat bijih logam. berbatu ada batunya; terdapat batu di dlmnya. berbatu-batu 1 banyak batunya; penuh dgn batu: Tanahnya curam dan ~. 2 jauh jaraknya: Kami terpaksa berjalan kaki ~ baru sampai ke pondoknya. membatu 1 menjadi keras spt batu; menjadi batu. 2 ki diam (tidak bergerak-gerak atau tidak bersuara); membisu: Apabila ditanyai gurunya, pelajar itu hanya ~. batuan ist ketulan atau gumpalan bahan galian spt arang batu, batu kapur, granit yg membentuk bahagian kerak bumi yg keras. ~ enapan ist batuan berlapis-lapis yg terbentuk drpd pengumpulan bahan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu

Puisi
 

Bukit bernama Bukit Pandan,
     Tempat orang tembak batu;
Batu canai disangka intan,
     Bila dilihat baru tahu.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(70)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
buran[bu.ÄAn]kata kerjamembaling sesuatu yang kecil seperti batu-batu kecil dan pasir.Mata adek tak boleh celek, kena buran dengan pase.[mA.tA A.dE/ tA/ bo.leh tS«.l«/ k«.nA bu.ÄAn d«.NAn pA.sE]Mata Ahmad tidak boleh celek, kena baling dengan pasir.
pakok[pA.ko/]kata kerjacara menyambut batu seremban (sejenis permainan tradisional Melayu).Milah pandai pakok batu seremban.[mi.lAh pAn.dAj pA.ko/ bA.tu s«.Ä«m.bAn]Milah pandai menyambut batu seremban.
encat[«n.tSAt]kata kerjapergerakan batu leper yang mencecah permukaan air secara berulang-ulang kali setelah dilayangkan batu leper.Maen encat kalo mase ae tenang.[mA.en «n.tSAt kA.l mA.s« Ae t«.nAN]Main encat kalau air tenang.
keri[k«.Äi]kata adjektif1. berkenaan sesuatu yang menjadi keras.Ikan tu dah keri kene ae batu.[i.kAn tu dAh k«.Äi k«.n« Ae bA.tu]Ikan itu sudah keras terkena air batu.
lutu[lu.tu]kata kerjamembaling dengan sesuatu yang keras.Kepala Ali luke kene lutu dengan batu.[k«.pA.lA A.li lu.k« k«.n« lu.tu d«.NAn bA.tu]Kepala Ali luka kerana dibaling dengan batu.
rak[ÄA/]kata kerjamenindih sesuatu dengan objek yang berat dalam jangka masa yang lama.Wek rak nasik impek dengan batu gileng.[we/ ÄA/ nA.si/ im.pe/ d«.NAn bA.tu gi.leN]Nenek menindih nasi himpit dengan batu giling.

Kembali ke atas