Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : berusaha utk memperoleh ilmu penge­­tahuan (sesuatu kepandaian dll), menun­tut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara ber­niaga; ~ bertukang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belajar

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ayam baru belajar berkokok.

Bermaksud :

Baru cukup umur.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
musong[m:usoN]kata kerjamengambil madu lebah.Jangan musong madu lebah monoi aje, belajar dulu .[dZA.NAn m:usoN mA.du l«.bAh m.nj A.dZ« b«.lA.dZAÄ du.lu]Jangan musong madu lebah monoi sahaja, belajar dahulu.
monoi[m.nj]kata kerjamelakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengetahui kaedahnya yang betul.Jangan pusong madu lebah monoi aje, belajar dulu musong.[dZA.NAn pu.soN mA.du l«.bAh m.nj A.dZ« b«.lA.dZAÄ du.lu mu.soN]Jangan mengambil madu lebah tanpa mengetahui kaedahnya yang betul, belajar dulu cara-cara mengambil madu lebah.
berikei[b«.Äi.kEi]kata kerjabersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.Berikei beto awok ni belajo.[b«.Äi.kEi b«.t A.wA/ ni b«.lA.dZ]Bersungguh-sungguh betul awak ini belajar.

Kembali ke atas