Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1. tali halus drpd kapas, sutera, dll yg digunakan utk menjahit atau menenun; 2. = ~ skru geligir berpilin pd skru; ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu); ~ emas benang berupa dawai halus yg berwarna spt emas utk menyulam atau menenun; ~ mentah benang yg belum dipintal; ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas; ~ pakan benang pd torak tenun; ~ pancarona benang yg berwarna macam-macam; ~ raja pelangi; ~ sari a) bahagian yg menghubungkan stigma dan rahim bunga; b) = ~ serbuk Id tangkai tempat sari (serbuk bunga); bagai ~ dilanda ayam prb kusut masai; menegakkan ~ basah prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; melanggar ~ hitam prb melanggar pantang larang, melanggar adat resam; sehari selembar ~, lama-lama jadi kain prb sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;berbenang 1. mempunyai benang; 2. mempunyai benang skru;membenang 1. merupakan benang; 2. ki tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan; 3. = membenangkan membuat benang skru;pembenangan perihal atau perbuatan membuat benang (skru);pembenang (Kej) alat utk membuat benang skru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1 tali halus drpd kapas dsb yg dipintal dan digunakan utk menjahit atau utk menenun kain. 2 = ~ skru bahagian skru yg timbul dan berbelit-belit. ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garisan lurus (digunakan oleh tukang kayu). ~ emas benang halus berwarna emas yg digunakan utk menyulam atau utk menenun. ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas. ~ sari bahagian bunga yg menghubungkan stigma dgn rahim bunga. bebenang sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benang

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(27)

318

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pupo[pu.po]kata namagelung daripada kayu yang digunakan untuk melilit tali, benang dan lain-lain.Lilet benang kat pupo tok bagi kusok.[li.let b«.nAN kAt pu.po t/ bA.gi ku.so/]Lilit benang pada gelung supaya tidak kusut.
tali arang[tA.li A.ÄAN] benang nilon yang dicelup dalam debu arang yang digunakan untuk membuat penanda pada batang balak.Tali arang tu kene tarek tegang siket baru nampok garisan.[tA.li A.ÄAN tu k«.n« tA.Äe/ t«.gAN si.ket bA.Äu nAm.p/ gA.Äi.sAn]Benang nilon itu perlu ditarik sehingga tegang, barulah nampak garisannya.
repang[Ä«.pAN]kata namagegelung tempat menggulung benang, tali, reben dan lain-lain.Lilet tangsi kat repang takot bekerumuk.[li.let tAN.si kAt Ä«.pAN tA.kot b«.k«.Äu.mu]Lilit tali tangsi pada gegelung nanti berkerumuk.
bolot[bo.lot]kata adjektif1.   berkenaan tali, benang yang berbelit atau bersimpul; berundeng.Gone nok ikat, bolot je tangsi.[g.n« no/ i.kAt bo.lot dZ« tAN.si]Bagaimana mana hendak mengikat, tali tangsi tersimpul.
berundeng[b«.Äun.deN]kata adjektifberkenaan tali, benang yang berbelit atau bersimpul; bolot.Berundeng beto tali tu, susoh nok ikat.[b«.Äun.deN b«.to tA.li tu su.soh no/ i.kAt]Bersimpul sungguh tali itu, susah hendak ikat.
memparang[m«m.pA.ÄAN]kata namasejenis alat hiasan pelamin yang berbentuk panjang daripada kain baldu yang disulam benang emas.Lawa ngat memparang ataih pelamin tadi.[lA.wA NAt m«m.pA.ÄAN A.tAC p«.lA.min tA.di]Sungguh cantik memparang di atas pelamin tadi.

Kembali ke atas