Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.ra/] | برݢرق

Definisi : 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jujut[dZu.dZut]kata adjektifberkenaan cara bergerak atau berjalan beriringan dalam satu barisan lurus.Mase cuti raye, kerete jujut kat jalan raye.[mA.s« tSu.ti ÄA.j« k«.ÄE.t« dZu.dZut kAt dZA.lAn ÄA.j«]Masa cuti raya, kereta jujut di jalan raya.
selepot[s«.lE.pot]kata kerjaduduk dengan tidak bergerak-gerak.Adek selepot tengok mok buat kue.[A.de s«.lE.pot tE.N m bu.wAt ku.we]Adik selepot melihat emak membuat kuih
mengelewo[m«.NE.lE.w]kata adjektifberkenaan kenderaan yang bergerak tidak tetap.Koi napok Mamat bawok moto mengelewo aje.[kj nA.p/ mA.mAt bA.w/ m.t m«.N«.lE.w A.dZ«]Saya nampak Mamat menunggang motosikal mengelewo sahaja.
mungkoih[muN.koC]kata adjektifberkenaan anak-anak ikan sungai dalam berkumpulan yang bergerak melawan arus di permukaan air.Bile musem ae toho banyok mungkoih mudek.[bi.l« mu.sem Ae t.h bA.ø/ muN.koC mu.de/]Apabila musim air cetek banyak anak ikan berkumpulan mudik.
belote[b«.l.tE]kata namaanak ikan haruan yang masih kecil (baru menetas) yang kelihatan berwarna merah dan bergerak dalam kumpulan yang banyak.   
ngelotek[N«.l.tE/]kata kerjamenggerakkan sebahagian anggota badan (berkenaan ekor, jari).Eko kucen ngelotek bile kepala kene usup.[E.k ku.tSen N«.l.tE/ bi.l« k«.pA.lA k«.n« u.sup]Ekor kucing bergerak-gerak bila kepalanya diusap.

Kembali ke atas