Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (béri) 1. sj tumbuhan (herba dan buah), Fragaria spp.; 2. sj buah yg menyerupai buah Fragaria spp. (spt tomato, limau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita; 2. bp tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan: saya tidak diberinya masuk; 3. mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan: ~ malu; ~ bercat; 4. menunjukkan, membuka: ~ jalan; 5. = ~ bahagian bp memukul: awas kau, nanti aku beri; 6. kenyal, menganjal: tanah liat yg lembut, ~ dan menganjal; ~ bertenggang memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; ~ hati a) memanjakan; b) memberanikan hati; ~ hormat (salam, selamat) mengucapkan hormat (salam, selamat); ~ izin mengizinkan; ~ muka memanjakan; ~ telinga sudi mendengar(kan); ~ barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya; memberikan 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; pemberian 1. = berian sesuatu (benda dll) yg diberikan: ia menolak ~ majikannya; 2. perihal memberikan: ~ hadiah; ~ ampun; ~ bantuan sumbangan kerajaan utk menutup (mencukupi) sebahagian drpd perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dll); ~ percuma pemberian dgn tidak meminta bayaran; pemberi 1. orang yg memberi; ~ sewa orang yg pendapatannya terdiri drpd hasil sewa tanah (rumah dll); 2. suka memberi, murah hati; 3. sl pemberian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memberi 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. memberikan menyerahkan sesuatu kpd: Saya ~ buku itu kpd adik saya. pemberian 1 apa-apa yg diberikan: Ia enggan menerima ~ orang tuanya itu. 2 perbuatan memberikan; penyampaian: Majlis ~ hadiah itu telah dilakukan pd sebelah petang. pemberi orang yg memberikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; memberi mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beri

Puisi
 

Pada beri baik jangan,
     Budak bodoh buat teman;
Kalau takut luka di tangan,
     Tak boleh petik bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(26)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
catek[tSA.te/]kata namapemetik api.Jangan beri adek maen catek, nanti rosak.[dZA.NAn b«.Äi A.de/ m­­A.en tSA.te/ nAn.ti č.s/]Jangan beri adik main pemetik api, nanti rosak.
kloon[kl.n]kata adjektifkedekut.Kloon beto Meli, budok minta derma tak beri.[kl.n b«.to m«.li bu.d/ min.tA d«Ä.mA tA/ b«.Äi]Kedekut betul Ramli, budak meminta derma pun tidak diberinya.
honyoh[h.øh]kata kerjamemberi sesuatu dengan kasar.Jangan honyoh barang kalo nok beri kat orang.[dZA.NAn h.øh bA.ÄAN kA.lo n/ b«.Äi kAt o.ÄAN.]Jangan hanyoh barang kalau hendak memberi pada orang.
tok mileng[t/ mi.leN] 1. berkenaan seseorang yang buat tidak endah dan tidak ambil peduli apabila diberi nasihat.Koi geram beto kat Mamat tu, buat tok mileng je bile orang beri nasehat.[koj g«.ÄAm b«.to kAt mA.mAt tu bu.wAt t/ mi.leN dZ« bi.l« .ÄAN b«.Äi nA.se.hAt]Saya geram sungguh kepada Mamat, buat tidak peduli sahaja apabila diberi nasihat.

Kembali ke atas