Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan] | برجالن

Definisi : 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)

446

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngenjut[N«.ndZut]kata kerjaberjalan kaki.Koi ngenjut je gi sekoloh, bukannye jaoh.[koj N«.ndZut dZ« gi s«.ko.loh bu.kAn.ø« dZA.oh]Saya berjalan kaki saja ke sekolah, bukannya jauh.
mendarat[m«n.dA.ÄAt]kata kerjaberjalan kaki.Koi mendarat je gi sekoloh.[kj m«n.dA.ÄAt dZ« gi s«.k.lh]Saya berjalan kaki sahaja pergi sekolah.
layo[lA.j]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang terhoyong-hayang.Tok ki layo naek ke tebeng pase mabok laot.[to/ ki lA.j nA.e/ k« t«.beN pA.sE mA.bo/ lA.wot]Datuk berjalan terhoyong-hayang sebab mabuk laut.
mepe[m:E.pE:]kata kerjaberjalan dalam keadaan yang mencurigakan.Koi nampak die mepe tepi pago tu, pencuri agaknye.[koj nAm.pA/ di.j« mE.pE t«.pi pA.g tu p«n.tSu.Äi A.gA/.ø«]Saya nampak dia berjalan dalam keadaan mencurigakan di tepi pagar, agaknya pencuri.
bedera[b«.d«.ÄA]kata adjektifberkenaan seseorang yang suka berjalan dari rumah ke rumah.Mok maroh kok bedera rumoh orang.[m/ mA.čh k/ b«.d«.ÄA Äu.mh .ÄAN]Emak memarahi kakak kerana suka berjalan ke rumah orang.
   2. berkenaan cara berjalan dalam keadaan terketar-ketar.Dia baru baek demam, jalan pon ngege.[di.j« bA.Äu bA.e/ d«.mAm dZA.lAn pon NùE.gE]Dia baru baik demam, jalannya pun masih terketar-ketar.
dengkat[dEN.kAt]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang tidak sempurna kerana kaki yang pendek sebelah.Dia dengkat lepaih jatoh pokok.[di.jA dEN.kAt l«.pAC dZA.toh p.k/]Dia dengkat selepas jatuh daripada pokok.
bebimbo[b«.bim.bo]kata adjektifberkenaan berjalan secara beramai-ramai dalam satu barisan.Ngapa jalan bebimbo, kang langgo dek keto.[NA.pA dZA.lAn b«.bim.bo kAN lAN.g de/ kE.t]Mengapa jalan bebimbo, nanti dilanggar kereta.
jujut[dZu.dZut]kata adjektifberkenaan cara bergerak atau berjalan beriringan dalam satu barisan lurus.Mase cuti raye, kerete jujut kat jalan raye.[mA.s« tSu.ti ÄA.j« k«.ÄE.t« dZu.dZut kAt dZA.lAn ÄA.j«]Masa cuti raya, kereta jujut di jalan raya.
semut ipoh[s«.mut i.poh] saiznya seperti semut api, berwarna merah, buntutnya berkepala, sengatannya sangat bisa. Berjalan dalam kuantiti yang sedikit tidak suka berkumpulan, tinggal di tempat lembap di lubang-lubang kayu.   
12

Kembali ke atas