Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
celo II[tS«.l]kata adjektifberkenaan perubahan alam yang berlaku atau diramal akibat perbuatan atau percakapan yang cabul.Jangan cabo cakap tu kang celo kite.[dZA.NAn tSA.b tSA.kAp tu kAN tS«.l ki.t«]Jangan bercakap cabul, nanti celo kita.
maru I[mA.Äu]kata namakecelakaan atau bencana yang mungkin berlaku.Budok-budok jangan suke ngat, kang maru.[bu.do/.bu.do/ dZA.NAn su.k« NAt kAN mA.Äu]Budak-budak jangan terlalu seronok, nanti ditimpa kecelakaan.
cope II[tSo.pE]kata kerjaberkenaan sesuatu kejadian yang nyaris-nyaris berlaku.Koi cope nok belanggo ngan baih.[koi tSo.pE n/ b«.lAN.g NAn bAC]Saya nyaris-nyaris berlanggar dengan bas.
kantok[kAn.to/]kata adjektifriuh rendah.Ape bende kat luo tu, kantok je.[A.p« b«n.d« kAt lu.w tu kAn.to/ dZ«]Apa yang berlaku di luar tu, riuh rendah saja.

Kembali ke atas