Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)

416

Make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Make a mountain out of a molehill . You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik.Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
belocek[b«.l.tSE)/]kata kerjabermain lumpur.Oi, jangan belocek budok wey, kang bekudih.[oj dZA.NAn b«.l.tSE)/ bu.d/ wej kAN b«.ku.dih]Oi, jangan bermain lumpur, nanti berkudis!.
pusong[pu.soN]kata kerjamengerumuni sesuatu.Jangan maen kat situ, pusong dek tebuan.[dZA.NAn mA.en kAt si.tu pu.soN de/ t«.bu.wAn]Jangan bermain di situ, nanti dikerumuni oleh tebuan.
lembeng[lEm.bEN]kata adjektifberkenaan sesuatu yang kemek.Jangan maen tudong periok tu kang lembeng.[dZA.NAn mA.en tu.doN p«.Äi.jo/ tu kAN lEm.bEN]Jangan bermain dengan tudung periok, nanti kemek.
gelap bole[g«.lAp b.lE] malam.Dah gelap bole maen lagi kat luo.[dAh g«.lAp b.lE mA.en lA.gi kAt lu.w]Hari sudah malam, masih bermain di luar lagi.
boyok I[b.j/]kata namasejenis permainan kejar-mengejar.Moh kite maen boyok kat padang tu.[mh ki.t« mA.en b.j/ kAt pA.dAN tu]Mari kita bermain kejar- mengejar di padang tu.
tayang[tA.jAN]kata namapermainan galah panjang.Selok budok-budok maen tayang ataih pase.[s«.l bu.d.bu.d mA.en tA.jAN A.tAC pA.se]Leka budak-budak bermain galah panjang di atas pasir.
gelanyo[g«.lA.ø]kata adjektifberkenaan kelakuan yang tidak mengikut kebiasaan.Budak gelanyo maen bola pake kaen.[bu.dA/ g«.lA.ø mA.en bo.lA pA.kE kA.en]Budak gelanyo bermain bola pakai kain.
petek ula[p«.te/ u.lA] permainan dengan cara memetik kayu pendek di dalam lubang sehingga melantun ke atas dan dipukul oleh kayu panjang.Kawan tok reti maen petek ula.[kA.wAn t/ Ä«.ti mA.en p«.te/ u.lA]Saya tidak tahu bermain petek ular.
congkeh mato[tSN.keh mA.t] sejenis permainan tradisi yang dimainkan oleh dua orang atau lebih dengan menggunakan dua batang kayu.Le ni orang tok tau doh maen congkeh mato[l« ni .ÄAN t/ tAw dh mA.en tSN.keh mA.t]Sekarang ini ramai orang sudah tidak tahu bermain congkeh mata.
ketoyong[k«.to.joN]kata adjektif1.     berkenaan gasing yang berpusing terbalik (kepala ke bawah dan paksinya ke atas).Kalau tak bese maen gasing, usahkan nok mangkoh, musing pon ketoyong.[kA.l tA/ bE.s« mA.en gA.siN u.sAh.kAn n/ mAN.kh mu.siN pon k«.to.joN]Kalau tidak biasa bermain gasing, jangankan hendak memangkah, memusing pun terbalik.
12

Kembali ke atas