Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1 bergerak berkeliling; berlegar: Setengah jam lamanya, kapal terbang itu ~ di atas bandar Kuala Lumpur sebelum mendarat di Subang. Selepas ~ di Kuala Lumpur, kami balik semula ke Kelang. 2 bergerak di atas paksinya sendiri (bkn roda, gasing dll); berputar; berkisar: Kipas itu ~ dgn ligatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,

Puisi
 

Burung merbuk burung merpati,
     Terbang berpusing hala bendang;
Wajah elok menawan hati,
     Siang malam hamba terkenang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing,
     tak berpaku merayau.

Bermaksud :

Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sekedut[s«.k«.dut]kata namatempat khas untuk gasing berpusing terdiri daripada tanah keras, kaca atau kayu.Gaseng tu kalo nak lame bepuseng toklah ataih sekedut.[gA.seN tu kA.l nA/ lA.m« b«.pu.seN t/.lAh A.tAC s«.k«.dut]Gasing itu kalau hendak lama berpusing letaklah di atas sekedut.
ketoyong[k«.to.joN]kata adjektif1.     berkenaan gasing yang berpusing terbalik (kepala ke bawah dan paksinya ke atas).Kalau tak bese maen gasing, usahkan nok mangkoh, musing pon ketoyong.[kA.l tA/ bE.s« mA.en gA.siN u.sAh.kAn n/ mAN.kh mu.siN pon k«.to.joN]Kalau tidak biasa bermain gasing, jangankan hendak memangkah, memusing pun terbalik.

Kembali ke atas