Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersepah

Puisi
 

Jambu muda dari Rawa,
     Gugur bersepah di kebun Pak Ali;
Tinggallah semua sanak-saudara,
     Saya pergi jangan dicari.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hanya[hA.øA]kata adjektifberkenaan keadaan yang bersepah-sepah.Kemah bilek tok, nampok hanya ngat.[k«.mAh bi.le/ to/ nAm.p/ hA.øA NAt]Kemaskanlah bilik itu, nampak bersepah-sepah sangat.
selewet[s«.lE.wEt]kata adjektifbersepah-sepah atau bertaburan.Bilek tok kemaih lagi ko, selewet je.[bi.le/ to/ k«.mAC lA.gi ko s«.lE.wEt dZ«]Bilik tidak kemas lagikah, bersepah sahaja.
jenge[dZE.NE]kata adjektifberkenaan sesuatu keadaan yang bersepah-sepah.Rumoh orang bujang tu jenge pase semuanya malas.[Äu.mh o.ÄAN bu.dZAN tu dZE.NE pA.sE s«.mu.wA.ø« mA.lAs]Rumah orang bujang itu bersepah-sepah sebab semuanya pemalas.
gunde[gun.dE]kata kerjabaling, lempar.Besepoh ngat, aku gundai buku ni kang.[b«.sE.ph NAt A.ku gun.dE bu.ku ni kAN]Bersepah sangat, aku baling buku ini nanti.

Kembali ke atas