[bés] | بيس
Definisi : (bés) (Kim) sebatian yg bertindak balas dgn asid utk membentuk garam dan air; ~ kuat bes yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemah bes yg tercerai separa menjadi ion di dlm larutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bés] | بيس
Definisi : (bés) 1. (suara dan alat muzik) nada muzik rendah; 2. penyanyi atau alat muzik yg bernada rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bés] | بيس
Definisi : /bés/ ist sebatian kimia yg menghasilkan garam dan air apabila bercampur dgn asid. kebesan bilangan ion hidrogen yg terbentuk drpd satu molekul asid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)