Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian berisi di belakang kaki di bawah lutut (antara lutut dan buku lali); buah ~ = jantung ~ = perut ~ daging di belakang tulang kering, anjing-anjing; tulang ~ tulang kering (antara lutut dan kaki); diberi ~, hendak paha prb diberi sedikit, hendak banyak;membetis berjalan kaki: setiap hari dia ~ ke sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betis I

Puisi
 

Mengeting kaki mengeting betis,
     Seperti benang sudah diisi;
Dipandang jauh cantikmu alis,
     Gambar adik terkenang hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Dikacak betis sudah bak betis,
     dikacak lengan sudah bak lengan.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kateh[kA.t«h]kata namabahagian antara lutut dengan kaki, betis.Besenye orang kateh panjang kuat lari.[bE.s«.ø« o.ÄAN kA.t«h pAn.dZAN ku.wAt lA.Äi]Biasanya orang betis panjang kuat lari.
senyo[s«.ø]kata adjektifsengal atau lenguh seperti sakit sendi dan tulang.Pak Mat tok boleh bediri lama, betis cepat senyo.[pA mAt t bo.leh b«.di.Äi lA.m« b«.tis tS«.pAt s«.ø]Pak Mat tidak boleh berdiri lama kerana betis cepat terasa lenguh.
malok[mA.l/]kata kerjamemijak-mijak batang rumbia yang telah lembut untuk memisahkan sagu daripada empulurnya.Lengoh beteh koi malok sagu pagi tadi.[l«.Noh b«.teh kj mA.l/ sA.gu pA.gi tA.di]Lenguh betis saya kerana memijak-memijak batang rumbia pagi tadi.
pekpe[pE/.p«]kata namabisul yang tumbuh di bahagian selain daripada punggung.Koi tok daye jalan jaoh pase beteh koi tumboh pekpe.[koj to/ dA.j« dZA.lAn dZA.woh pA.sE b«.teh koj tum.boh pE/.p«]Saya tidak mampu berjalan jauh kerana betis saya ada bisul.

Kembali ke atas