Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la.ngan] | بيلڠن

Definisi : 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandaipandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la.ngan] | بيلڠن

Definisi : 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lomek[l.mE/]kata tugaspenjodoh bilangan untuk biji buahan yang kecil (seperti tembikai, petola).Mintak man tiga empat lomek benih petole.[min.tA/ mAn ti.g« «m.pAt l.mE/ b«.nih p«.t.l«]Berikan saya tiga atau empat biji benih petola.
cekerol[tS«.k«.Äol]kata namapenanda bilangan yang digunakan untuk menyukat padi yang dibuat daripada lingkaran rotan.Tahon lepaeh kite dapat lime gantang je ikot cekerol.[tA.hon l«.pAC ki.t« dA.pAt li.m« gAn.tAN dZ« i.kot tS«.k«.Äol]Tahun lepas kita hanya dapat lima gantang sahaja mengikut cekerol.

Kembali ke atas