Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1. ruang dlm rumah (bangunan dsb) yg bersekat dgn dinding dan berpintu, kamar: dia masuk ke dlm ~; 2. ruang yg tersekat, petak kecil; ~ jantung dua ruang pd bahagian bawah jantung utk mengedarkan darah dlm tubuh, ventrikel; ~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dll); ~ baca(an) ruang di perpustakaan dll tempat membaca; ~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dll) bersolek; ~ dapur ruang tempat memasak; ~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar; ~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dll); ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb; ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan utk menyimpan wang atau barang berharga: peti keselamatan itu di ~ kebal syarikat kewangan itu; ~ kuliah ruang tempat memberi kuliah di universiti; ~ lokar bilik yg disediakan dgn lokar utk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dsb, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dll; ~ makan ruang tempat makan; ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris utk dikebumikan dsb; ~ menanti = ~ menunggu bilik yg dikhaskan utk menunggu (giliran, kapal terbang, dsb) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dsb); ~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dsb) berkawal; ~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian; ~ rehat ruang tempat berehat; ~ tamu a) bilik di rumah yg dikhaskan utk tetamu beristirahat (tidur dsb); b) bilik di sesebuah institusi yg dikhaskan utk tetamu dan warga institusi berbincang dsb; c) bilik tempat tetamu menginap di hotel; ~ tidur ruang tempat tidur; berbilik mempunyai bilik, berkamar: rumah pangsa ~ dua; berbilik-bilik mempunyai banyak bilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : Jw tepas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1 anyaman drpd bilah-bilah buluh (utk dinding dsb). 2 ruang yg diberi berdinding dlm rumah dsb. ~ air ruang tempat mandi-manda, membasuh dll. ~ dapur ruang dlm rumah tempat memasak. ~ gerakan ruang tempat merencanakan sesuatu rancangan pembangunan dsb. ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb. ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan sbg tempat menyimpan wang atau barang berharga. ~ kuliah ruang tempat memberi atau menerima kuliah di universiti dsb. ~ makan ruang khas tempat makan. ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat, di hospital, sebelum dituntut oleh waris utk urusan pengebumian. ~ tamu bilik yg dikhaskan utk tetamu di sesuatu tempat spt di rumah, di pejabat, dan di hotel. ~ tidur ruang tempat tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik

Puisi
 

Ke bilik ke dapur,
     Gulai ayam pedas;
Itik yang bertelur,
     Ayam yang menetas.


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rebu[Ä«.bu]kata adjektifberkenaan bilik atau rumah yang berselerak.Rumah koi rebu pase orang gaji cuti.[Äu.mAh koj Ä«.bu pA.sE .ÄAN gA.dZi tSu.ti]Rumah saya berselerak sebab pembantu rumah cuti.
ebek[E.bE/]kata namapondok atau bilik kecil yang dibuat daripada bahan-bahan terpakai.Bile aku doh tue buat aku ebek.[bi.l« A.ku dh tu.w« bu.wAt A.ku E.bE/]Apabila aku sudah tua buatkan aku pondok kecil.
beremban[b«.Ä«m.bAn]kata namapenghadang pintu supaya kanak-kanak tidak boleh keluar masuk dalam rumah atau bilik.Buat beremban kat pintu dapo, tak gi adek jatoh.[bu.wAt b«.Ä«m.bAn kAt pin.tu dA.po tA/ gi A.de/ dZA.toh]Buat penghadang pintu di dapur, tidak lagi adik jatuh.
libu[li.bu]kata adjektifberkenaan tempat yang berselerak.Bilek abang sokmo libu.[bi.le/ A.bAN s/.m li.bu]Bilik abang sentiasa berselerak.
bunce[bun.dZE]kata adjektifberkenaan sesuatu yang berselerak.Bilek tido kak long bunce beno.[bi.le/ ti.d kA/ loN bun.dZE b«.no]Bilik tidur kak long sangat berselerak.
hanya[hA.øA]kata adjektifberkenaan keadaan yang bersepah-sepah.Kemah bilek tok, nampok hanya ngat.[k«.mAh bi.le/ to/ nAm.p/ hA.øA NAt]Kemaskanlah bilik itu, nampak bersepah-sepah sangat.
selewet[s«.lE.wEt]kata adjektifbersepah-sepah atau bertaburan.Bilek tok kemaih lagi ko, selewet je.[bi.le/ to/ k«.mAC lA.gi ko s«.lE.wEt dZ«]Bilik tidak kemas lagikah, bersepah sahaja.
kacok[kA.tSo/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang dipenuhi dengan kesan contengan.Dindeng bilek ae sekolah abih kacok.[din.deN bi.le/ Ae s«.ko.lAh A.bih kA.tSo/]Dinding bilik air sekolah habis dipenuhi dengan contengan.
dapong[dA.poN]kata kerjamemeluk dan mengangkat sesuatu atau seseorang.Ayoh dapong adek masok bilek.[A.joh dA.poN A.de/ mA.so/ bi.le/]Ayah dapong adik masuk ke bilik.
rebe[Ä«.b«] berkenaan keadaan sesuatu atau seseorang yang tidak terurus.Bilek Kak Long ni reba macam sarang tikuh.[bi.le/ kA/ loN ni Ä«.b« mA.tSAm sA.ÄAN ti.kuh]Bilik Kak Long ini tidak terurus seperti sarang tikus.
12

Kembali ke atas