Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.tang] | بيناتڠ

Definisi : makhluk bernyawa tetapi tidak berakal fikiran (spt lembu); haiwan. kebinatangan kelakuan spt kelakuan binatang; sifat-sifat binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binatang

Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tekek[t«.ke/]kata namasejenis binatang seperti tikus, tinggal dalam kayu dan memakan kayu.   
kunang[ku.nAN]kata namasejenis binatang yang lebih besar daripada pelanduk dan kecil daripada napoh.   
koyoh[k.jh]kata adjektifberkenaan binatang yang basah dan tidak aktif.Ayam tu koyoh kena ujan.[A.jAm tu k.jh k«.nA u.dZAn]Ayam itu koyoh terkena hujan.
kantan[kAn.tAn]kata nama1. alat kelamin binatang jantan (seperti kuda, lembu, gajah)   
gembut[g«m.but]kata adjektifberkenaan keadaan binatang yang hampir mati.Cepat sembeleh ayam tu, doh tongga gembut.[tS«.pAt s«m.b«.leh A.jAm tu dh toN.gA g«m.but]Cepat sembelihkan ayam tu, sudah hampir mati.
kekepak[k«.k«.pA/]kata namasejenis alat yang digunakan untuk menghalau binatang. Diperbuat daripada buluh 4 ruas yang diketuk bahagian hujung supaya tidak pecah bila dibelah dan digantung pada dahan pokok.Wek buat kekepak nok halau burong makan padi.[wE/ bu.wAt k«.k«.pA/ n/ hA.lAw bu.ÄoN mA.kAn pA.di]Nenek membuat kekapak untuk menghalau burung daripada makan padi.
ipe[i.p«]kata kerjaberusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan seseorang atau binatang yang diingininya.Koi ipe juga budak tu, sampe dapat.[koj i.p« dZu.gA bu.dA/ tu sAm.pe dA.pAt]Saya berusaha juga mendapatkan budak itu sampai dapat.
jenggi[dZ«N.gi]kata adjektifberkenaan perasaan yang dialami oleh seseorang kerana menyiksa atau membunuh binatang.Jangan naye bewok kang jenggi.[dZA.NAn nA.j« bE.w/ kAN dZ«N.gi]Jangan aniaya biawak tu, nanti jenggi.
akukan[A.ku.kAn] memberi pengakuan hak milik ternakan kepada orang lain. Selalunya bertujuan untuk membiakkan binatang ternakan. Orang yang dilakukan itu selalunya serasi bagi tujuan itu.Sejak mak akukan ayam tu kat adek, baru ayam tu biok.[s«.dZA/ mA/ A.ku.kAn A.jAm tu kAt A.de/ bA.Äu A.jAm tu bi.j/]Setelah emak akukan ayam itu kepada adik, barulah ayam itu membiak.
pelipek[p«.li.pe/]kata namasejenis alat yang diperbuat daripada buluh dan berlidah, gunanya untuk memanggil binatang buruan seperti ayam hutan.Ayoh hande tiyuk pelipek.[A.joh hAn.de ti.ju/ p«.li.pe/]Ayah handal meniup pelipek.

Kembali ke atas