Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.gél] | بوݢيل

Definisi : (bogél)1. tidak memakai sebarang pakaian, telanjang: dia dijumpai mati dlm keadaan ~; telanjang ~ telanjang bulat; bunga ~ bunga yg tidak mempunyai ranggi; 2. tidak mempunyai sebarang hiasan (di badan, di dlm bilik, di rumah, dsb): dia ~ saja, tidak ada satu pun barang kemas di badan; ruang tamunya ~ saja; berbogel bertelanjang: anaknya yg masih kecil ~ lagi; membogelkan menelanjangkan: dia ~ anaknya sebelum memandikannya; kebogelan dlm keadaan bogel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.gél] | بوݢيل

Definisi : /bogél/ tidak ditutupi apa-apa pun (bkn badan): telanjang ~ telanjang bulat. berbogel berada dlm keadaan bogel; bertelanjang: Bayi yg ~ itu sedang dimandikan oleh ibunya. membogelkan membuat supaya bogel: Banduan-banduan itu dibogelkan. kebogelan 1 keadaan bogel. 2 dlm keadaan bogel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bogel


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bolen[bo.len]kata adjektifberkenaan orang dalam keadaan bogel.Mok tok suke wakme bolen lepaih mandi.[mo/ t/ su.k« wA/.m« bo.len l«.pAC mAn.di]Mak tidak suka kamu berbogel selepas mandi.

Kembali ke atas