Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buai] | بواي

Definisi : ayun; berbuai 1. terayun sama ada ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan, berayun: gugusan buah di pohon itu ~ ditiup angin; 2. menaiki buaian: anak kecil itu ~ bersama kawan-kawannya;berbuai-buai berbuai berulang-ulang, berayun(-ayun): badannya yg gemuk kelihatan ~ apabila dia berjalan; membuai 1. menggerakkan sesuatu hingga berbuai-buai: alun besar ~ kapal; 2. mengasyikkan, melekakan, melenakan: hanyut dibuai khayalan; matanya dihalakan ke hadapan dan perasaannya tiba-tiba dibuai kesedihan;membuaikan 1. mengayunkan buai: ~ anak sehingga terlena; 2. menyebabkan berbuai: angin yg bertiup lembut ~ janggutnya;terbuai-buai terus berbuai beberapa kali, terayun-ayun;buaian 1. tempat tidur anak kecil yg boleh diayun atau tempat kanak-kanak berayun, ayunan; 2. bandul loceng; ~ digoncang, anak dicubit prb menyelimuti perbuatan (maksud) yg jahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buai] | بواي

Definisi : 1 gerak yg berbalik-balik; ayun. 2 = buaian tempat tidur atau tempat duduk yg dpt diayun-ayunkan. berbuai(-buai) bergerak berbalik-balik; berayun-ayun: Saya suka duduk ~ pd dahan rambai di belakang rumah saya. membuai menggerakkan hingga berbuai-buai; mengayunkan. terbuai-buai terayun-ayun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buai


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lambot[lAm.bot]kata adjektifberkenaan ayunan buai yang jauh.Kalo buai lambot, adek takot.[kA.lo bu.wAj lAm.bot A.de/ tA.kot]Kalau ayunan buai jauh, adik takut.

Kembali ke atas