Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik I

Puisi
 

Hujan rintik cahaya redup,
     Batang kelici dalam perahu;
Cantik-cantik pun kain dicelup,
     Sudah cuci baru tahu.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
metu[m«.tu]kata adjektifberkenaan sesuatu yang sangat cantik.Bala, metu sunggoh rumoh die![bA.lA m«.tu suN.goh Äu.mh di.j«]Wah, sungguh cantik rumahnya!
cagang[tSA.gAN]kata adjektifberkenaan rambut yang tegak.Rambot awok bukan lawo cagang gitu.[ÄAm.bot A.w/ bu.kAn lA.wo tSA.gAN gi.tu]Rambut awak bukannya cantik, tegak seperti itu.
celeng[tSE.leN]kata adjektifjuling sedikit.Celeng macam tu tak payah berubat, cantek.[tSe.leN mA.tSAm tu tA/ pA.jAh b«.Äu.bAt tSAn.te/]Juling sedikit itu tidak perlu berubat, cantik.
peleh[pE.lEh]kata namapapan yang dibuat di bawah cucur atap untuk mencantik dan mengelakkan tempias.Rumah tak dok peleh tok lawo.[Äu.mAh tA/ d/ pE.lEh t/ lA.w]Rumah tidak ada peleh tidak cantik.
memparang[m«m.pA.ÄAN]kata namasejenis alat hiasan pelamin yang berbentuk panjang daripada kain baldu yang disulam benang emas.Lawa ngat memparang ataih pelamin tadi.[lA.wA NAt m«m.pA.ÄAN A.tAC p«.lA.min tA.di]Sungguh cantik memparang di atas pelamin tadi.

Kembali ke atas