Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muham­mad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pe­lajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1 hari dibebaskan drpd bekerja; hari kelepasan: Hari Maulud ialah hari ~ bagi seluruh negara. 2 tempoh dibebaskan drpd bekerja (bersekolah dll): ~ Hari Raya; ~ Krismas. 3 kebenaran utk tidak hadir bertugas: Beliau telah memohon ~ selama sepuluh hari. 4 tempoh atau lama­nya seseorang dibenarkan tidak hadir bertugas: Bagi tahun ini, ~nya tinggal tiga hari saja lagi. ~ am hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. ~ sakit (doktor) cuti kerana sakit (atas nasihat doktor). ~ tahunan cuti yg dibenarkan pd tiap-tiap tahun. bercuti tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. pecuti orang yg bercuti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuti


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mamon[mA.mon]kata adjektifbosan.Cuti-cuti ni mamon koi tok ke mane.[tSu.ti.tSu.ti ni mA.mon koj to/ k« mA.n«]Waktu cuti begini, bosan saya tidak pergi ke mana.
rebu[Ä«.bu]kata adjektifberkenaan bilik atau rumah yang berselerak.Rumah koi rebu pase orang gaji cuti.[Äu.mAh koj Ä«.bu pA.sE .ÄAN gA.dZi tSu.ti]Rumah saya berselerak sebab pembantu rumah cuti.
menjalo[m«n.dZA.l]kata kerjaduduk di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan.Cuti sekoloh ni koi tok ke mano menjalo je.[tSu.ti s«.k.loh ni koj to/ k« mA.no m«n.dZA.l dZ«]Musim cuti sekolah ini saya tidak ke mana, duduk di rumah sahaja.
ngunjat[Nun.dZAt]kata adjektifberkenaan kanak-kanak yang suka merayau.Adek koi suke ngunjat bile cuti sekoloh.[A.de/ kj su.k« Nun.dZAt bi.l« tSu.ti s«.k.lh]Adik saya suka merayau-rayau apabila cuti sekolah.
jujut[dZu.dZut]kata adjektifberkenaan cara bergerak atau berjalan beriringan dalam satu barisan lurus.Mase cuti raye, kerete jujut kat jalan raye.[mA.s« tSu.ti ÄA.j« k«.ÄE.t« dZu.dZut kAt dZA.lAn ÄA.j«]Masa cuti raya, kereta jujut di jalan raya.

Kembali ke atas