Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
taram[tA.ÄAm]kata namaumpan yang dibuat daripada air garam untuk memerangkap rusa.Doh semenggu pasang taram, ruse tok datang-datang.[doh s«.meN.gu pA.sAN tA.ÄAm Äu.s« to/ dA.tAN dA.tAN]Sudah seminggu pasang umpan air garam, rusa tidak juga datang.
sali[sA.li]kata adjektifberkenaan orang yang tidak putus-putus datang ke sesuatu tempat.Mi rebuh kedai mamak tu sedap bena, sali orang datang.[mi Ä«.buC k«.dAj mA.mA/ tu s«.dA/ b«.nA sA.li .ÄAN dA.tAN]Mi rebus di kedai mamak itu sungguh sedap, tidak putus-putus orang datang.
tengke[t«N.k«]kata namajarak masa.Tengke seminggu lagi koi datang semula.[t«N.k« s«.miN.gu lA.gi kj dA.tAN s«.mu.l«]Jarak masa seminggu lagi saya akan datang semula.
nebeng[nùE.beN]kata kerja1. menyertai sesuatu majlis tanpa diundang.Bile orang beso datang dia nebeng je.[bi.l« .ÄAN b«.s dA.tAN di.j« nùE.beN dZ«]Bila ada orang kenamaan datang dia ikut serta.
gemunto[g«.mun.to]kata kerjaberlari kerana ketakutan.Budok penageh gemunto bile poleh datang.[bu.d/ p«.nA.geh g«.mun.to bi.l« p.leh dA.tAN]Budak penagih dadah lari ketakutan apabila polis datang.
legang[l«.gAN]kata namaalat untuk menghalau musuh tanaman.Koi gune legang, tu monyet tak datang.[koj gu.n« l«.gAN tu mo.øet tA/ dA.tAN]Saya menggunakan legang, sebab itulah monyet tidak datang.
bederong[b«.d«.ÄoN]kata adjektifberkenaan orang ramai yang datang serentak ke sesuatu tempat.Koi nampak orang bederong kat tepi sunge.[koj nAm.pA/ o.ÄAN b«.d«.ÄoN kAt t«.pi su.NE]Saya nampak orang ramai dekat tepi sungai.
semut menesan[s«.mut m«.nE.sAn] semut warna dan bentuknya seperti kerengga. Tinggal di bawah-bawah tikar, sudut-sudut rumah, gemar makan manisan. Apabila semut ini ada, semut lain tidak akan datang. Semut ini tidak menggigit.   
sakan[sA.kAn]kata adjektifberkenaan rasa puas hati atau berbaloi kerana mendapat manfaat.Kenuri arwoh tu orang tok ramai mari, kome makan sakan.[k«.nu.Äi AÄ.wh tu .ÄAN t/ ÄA.mAj mA.riko.m« mA.kAn sA.kAn]Kenduri arwah itu orang tidak ramai yang datang, kami makan banyak.

Kembali ke atas