Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, ber­semuka; mendepan menghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, menge­mukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya ber­jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. mendepani berhadapan dgn: ~ masalah. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depan

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kokot[k.kt]kata adjektifberkenaan suami yang takut kepada isteri.Cakap aje beso, depan bini kokot.[tSA.kAp A.dZ« b«.s d«.pAn bi.ni k.kt]Bercakap saja besar, depan isteri takut.
jengoi[dZ«.Noj]kata kerjamuncul secara tiba-tiba.Koi tekejut tibe-tibe dia jengoi je depan koi.[koj t«.k«.dZut ti.b«-ti.b« di.j« dZ«.Noj dZ« d«.pAn koj]Saya terkejut kerana tiba-tiba sahaja dia muncul depan saya.
songe[s.NE]kata adjektifmalu.Siti rase songe bile cekgu maroh depan rodong die.[si.ti ÄA.s« s.NE bi.l« tSE/.gu mA.čh d«.pAn č.dN di.j«]Siti berasa malu apabila cikgu memarahinya di hadapan kawannya
jembe[dZ«m.b«]kata kerjamenziarah atau melawat seseorang.Ce jembe aki kat depan rumah tu.[tS« dZ«m.b« A.ki kAt d«.pAn Äu.mAh tu]Cuba ziarah datuk di hadapan rumah itu.
tejeregut[t«.dZ«.Ä«.gut]kata adjektif1. berkenaan seseorang atau haiwan yang muncul dengan tiba-tiba.Tejeregut rimo depan mate.[t«.dZ«.Ä«.gut Äi.mo d«.pAn mA.t«]Muncul dengan tiba-tiba harimau di hadapan mata.
rengkok[ÄeN.k/]kata adjektifberkenaan percakapan yang tidak jelas kerana terlalu ramai orang yang bercakap.Ustaz beceramoh kat depan wokme rengkok kat belakang.[us.tAz b«.tS«.ÄA.m«h kAt d«.pAn w/.m« ÄeN.k/ kAt b«.lA.kAN]Ustaz berceramah di hadapan kamu bercakap di belakang.
tabak[tA.bA]kata namabekas daripada tembaga berjeluk, biasanya diisi pulut serta dicacak dengan bunga telur di atasnya.Buboh due tabak depan pelamen.[bu.boh du.w« tA.bA d«.pAn p«.lA.men]Letakkan dua tabak di hadapan pelamin.

Kembali ke atas