Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang,
     dia mendapat anak;
apabila orang kaya menghendaki anak,
     dia mendapat wang.

Bermaksud :

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(18)

475

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Kata periuk belanga hitam

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Kata periuk belanga hitam, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(106)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nebeng[nùE.beN]kata kerja1. menyertai sesuatu majlis tanpa diundang.Bile orang beso datang dia nebeng je.[bi.l« .ÄAN b«.s dA.tAN di.j« nùE.beN dZ«]Bila ada orang kenamaan datang dia ikut serta.
moknyoh[m/.øh]kata adjektifberkenaan seseorang yang sangat cerewet.Seme orang tok suke dia pase beso ngat moknyoh.[s«.m« .ÄAN t/ su.k« di.j« pA.sE b«.s NAt m/.øh]Semua orang tidak suka dia sebab tersangat cerewet.
limu[li.mu]kata adjektifberkenaan seseorang yang turut serta dalam sesuatu pekerjaan yang tidak sepatutnya dia melibatkan diri.Budok ni nok kene, same limu je dengan orang.[bu.d/ ni n/ k«.n« sA.m« li.mu dZ« d«.NAn o.ÄAN]Budak ini hendak kena, mencampuri urusan orang.
gete[g«.t«]kata namabinaan tempat tidur pengantin biasanya tinggi sedikit daripada lantai.Orang sebok buat gete anok daro die tu nok kawen.[.ÄAN sE.bo/ bu.wA g«.t« A.n/ dA.č di.j« tu n/ kA.wen]Orang ramai sibuk membuat gete anak dara dia hendak kahwin.
   2. habis (kerana dicuri).Pak Mat maroh sungguh pase getah sekerap dia nekeh kene curi.[pA/ mAt mA.čh suN.guh pA.sE g«.tAh s«.k«.ÄAp di.j« n«.keh k«.n« tSu.Äi]Pak Mat marah sunguh sebab getah sekrapnya habis dicuri orang.

Kembali ke atas