sekoi | [s«.koj] | kata nama | bekas air yang diperbuat daripada tempurung kelapa, biasanya disimpan secara digantung (tempurung ditebuk sedikit dan dibubuh tali). | Dulu-dulu orang pake sekoi nok angkat ae. | [du.lu.du.lu .ÄAN pA.kE s«.koj n AN.kAt Ae] | Zaman dahulu, orang menggunakan sekoi untuk mengangkat air. |
pelo | [p«.lo] | kata nama | sejenis bekas yang diperbuat dari aluminium berbentuk lonjong atau bujur dan bertelinga, biasanya digunakan pada musim menuai untuk mengisi padi. | Mok tadoh ae ujan dengan pelo. | [m/ tA.dh Ae u.dZAn d«.NAn p«.lo] | Mak menadah air hujan menggunakan pelo. |
jobeng | [dZ.beN] | kata nama | sejenis bakul kecil diperbuat daripada mengkuang. | Bak jobeng sireh mak tu. | [bA/ dZ.beN si.Äeh m/ tu] | Ambilkan jobeng sirih emak itu. |
pelipek | [p«.li.pe/] | kata nama | sejenis alat yang diperbuat daripada buluh dan berlidah, gunanya untuk memanggil binatang buruan seperti ayam hutan. | Ayoh hande tiyuk pelipek. | [A.joh hAn.de ti.ju/ p«.li.pe/] | Ayah handal meniup pelipek. |
tenom | [t«.nom] | kata nama | sejenis bekas agak tinggi, bertangkai satu dan diperbuat daripada logam aluminium. | Mok senalo bawok beka nasik dalam tenom gi noreh. | [m s«.nA.l bA.w b«.kA nA.si dA.lAm t«.nom gi n.ÄEh] | Emak selalu membawa bekal nasi di dalam tenom pergi menoreh getah. |
jereme | [dZ«.Ä«.m«] | kata nama | alat menangkap ikan seperti lukah tetapi diperbuat daripada jaring halus (mata punai). | Aki tahan jereme kat sungai. | [A.ki tA.hAn dZ«.Ä«.m« kAt su.NAj] | Aki menahan jerema di sungai. |
kekepak | [k«.k«.pA/] | kata nama | sejenis alat yang digunakan untuk menghalau binatang. Diperbuat daripada buluh 4 ruas yang diketuk bahagian hujung supaya tidak pecah bila dibelah dan digantung pada dahan pokok. | Wek buat kekepak nok halau burong makan padi. | [wE/ bu.wAt k«.k«.pA/ n/ hA.lAw bu.ÄoN mA.kAn pA.di] | Nenek membuat kekapak untuk menghalau burung daripada makan padi. |
gelogoh | [g«.l.gh] | kata nama | sejenis alat menangkap ikan, mempunyai injap, berbentuk selinder dan bertali. Diperbuat daripada buluh dan dibenamkan di dasar sungai. | Woi, banyok lampan dalam gelogoh koi. | [woj bA.ø/ lAm.pAn dA.lAm g«.l.gh kj] | Woi, banyaknya ikan lampan dalam gelogoh saya. |