Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1. bekas utk minum (sirap, air, dll) yg tidak bertangkai, biasanya dibuat drpd kaca: ~ anggur; 2. kaca: cincin-cincin itu bermata batu atau ~;bergelas-gelasan Mn melagakan layang-layang (berusaha memotong tali lawan) dgn tali yg dilekatkan serbuk kaca; menggelas melekatkan serbuk kaca pd tali layang-layang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1 bekas minuman yg tidak bertangkai dan biasanya dibuat drpd kaca. 2 bahan yg keras tetapi mudah pecah dan dpt dilantasi cahaya; kaca. 3 serbuk kaca yg digunakan utk melapisi tali layang-layang. menggelas melapis tali layang-layang dgn serbuk kaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelas

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengkaruk[m«N.kA.Äu/]kata adjektifberkenaan barangan kaca yang pecah.Pegang molek gelaih, kang mengkarok.[p«.gAN m.le/ g«.lAC kAN m«N.kA.Äo/]Pegang elok-elok gelas tu, nanti pecah.
lampan[lAm.pAn]kata namadulang atau talam.Ceremat bawok lampang, kang jatoh gelaih.[tS«.Ä«.mAt bA.w/ lAm.pAn kAN dZA.toh g«.lAC]Cermat bawa dulang, nanti jatuh gelas.
renyah[Ä«.øh]kata kerjamelakukan sesuatu dalam keadaan marah.Gelaih tu banyok pecoh pase Kak Long renyoh maso basoh.[g«.lAC tu bA.ø/ p«.tSAh pA.sE kA/ loN Ä«.øh mA.so bA.soh]Gelas itu banyak yang pecah sebab Kak Long marah semasa membasuh pinggan.

Kembali ke atas