Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ram] | ݢرم

Definisi : 1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang takut; menggeram 1. menjadi geram; 2. menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci): ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yg digeramnya; 3. berbunyi menderum (harimau dll), menderam: orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pd waktu malam; menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram; kegeraman 1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya terjerit-jerit ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ram] | ݢرم

Definisi : 1 (berasa) sangat marah kerana dihina, dipermain-mainkan dll; mempunyai perasaan yg menyebabkan orang mahu berkelahi dsb: Aku ~ mendengar kata-katanya yg menghina itu. 2 (berasa) sangat suka akan sesuatu sehingga menimbulkan keinginan melakukan sesuatu terhadapnya: Bertubuhnya bayi ini, ~ aku. menggeram menjadi geram (marah sekali). kegeraman hal atau rasa geram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geram

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jika diturut hati yang geram,
     hilang takut timbul berani.

Bermaksud :

Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
getan[g«.tAn]kata adjektifgeram.Getan man tengok budok tok, mengade-ngade.[g«.tAn mAn tE.N/ bu.d/ to/ m«.NA.d«.NA.d«]Geram saya melihat budak itu, mengada-ngada.
tok mileng[t/ mi.leN] 1. berkenaan seseorang yang buat tidak endah dan tidak ambil peduli apabila diberi nasihat.Koi geram beto kat Mamat tu, buat tok mileng je bile orang beri nasehat.[koj g«.ÄAm b«.to kAt mA.mAt tu bu.wAt t/ mi.leN dZ« bi.l« .ÄAN b«.Äi nA.se.hAt]Saya geram sungguh kepada Mamat, buat tidak peduli sahaja apabila diberi nasihat.

Kembali ke atas