Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kan] | ايکن

Definisi : sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2.     sejenis ikan paya yang menyerupai ikan belida.   
ketong I[k«.toN]kata kerjamemotong sesuatu dengan saiz yang tertentu (seperti kayu, ikan, kuih).Ketong ikan tenggiri tu kecik-kecik.[k«.toN i.kAn t«N.gi.Äi tu k«.tSi/.k«.tSi/]Potong ikan tenggiri itu kecil-kecil.
mencepo[m«n.tS«.p]kata kerjamenangkap ikan dengan cara memukul permukaan air dengan pelepah pisang.Semalam koi mencepo, banyok dapat ikan.[s«.mA.lAm kj m«n.tS«.p bA.ø/ dA.pAt i.kAn]Malam semalam saya menangkap ikan, banyak dapat ikan.
jut[dZut]kata namasejenis alat menangkap ikan dengan menggunakan joran yang diikat pada bakul dan boleh menjerut (biasanya untuk menangkap ikan kaloi).Boh la keladi dalam jut tu kalo nok dapat ikan besa.[boh lA k«.lA.di dA.lAm dZut tu kA.lo no/ dA.pAt i.kAn b«.sA]Masukkanlah keladi ke dalam jut itu kalau hendak mendapatkan ikan besar.
mecai[m:«.tSAj]kata kerjamenangkap ikan dalam rumput.Banyok demo dapat ikan mecai semalam?[bA.øo/ dE.m dA.pAt i.kAn m:«.tSAj s«.mA.lAm]Banyakkah awak dapat ikan mecai semalam?
belabu[b«.lA.bu]kata kerjamengendalikan ikan yang telah terkena pancing; bedugang.Kalo dapat ikan beso leteh la kite belabu.[kA.l dA.pAt i.kAn b«.s l«.teh lA ki.t« b«.lA.bu]Kalau dapat ikan besar, letihlah kita belabu.
bedugang[b«.du.gAN]kata kerjamengendalikan ikan yang telah terkena pancing; belabu.Sejam man bedugang nak naek ikan yu tu.[s«.dZAm mAn b«.du.gAN nA/ nA.e/ i.kAn ju tu]Sejam saya bedugang hendak naikkan ikan yu itu.
ikan laeh[i.kAn lAeh] sejenis ikan sungai berwarna hitam kelabu dan mempunyai sirip di bawah.   
ikan gohok[i.kAn g.h/] sejenis ikan sungai bersaiz besar, berbadan nipis, warna kelabu kehitaman dan tidak bersisik.   
daeng[dA.eN]kata adjektifberkenaan keadaan ikan yang dibelah dua tanpa putus dari bahagian belakang kepala hingga ke ekor, biasanya untuk dikeringkan atau dipanggang.Ikan daeng tu jemo cepat kering.[i.kAn dA.eN tu dZe.m tSe.pAt k«.ÄiN]Ikan daeng itu hendaklah dijemur supaya cepat kering.
12345

Kembali ke atas