Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : sj tumbuhan yg buahnya bertongkol dan berbijirin yg boleh dimakan, Zea mays; setahun ~ = seumur ~ a) lebih kurang 100 hari (tiga bulan); b) terlalu muda; berjagung-jagung; baik ~ sementara padi belum masak prb sementara menunggu se­suatu yg lebih baik, yg kurang baik pun boleh dipakai dahulu; menjagung 1. menyerupai biji jagung; 2. mulai tumbuh (padi, gigi, penyakit cacar, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : nama sj tanaman atau buahnya (buahnya bertongkol dan bijinya boleh dimakan), Zea mays. setahun ~, = seumur ~ a. terlalu muda. b. ± 100 hari atau 3 bulan. menjagung menyerupai biji jagung; mula tumbuh (penyakit cacar, gigi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jagung

Puisi
 

Kalau tuan makan jagung,
     Jagung dimakan burung merpati;
Kita ini sama berpantun,
     Pantun kita mohon berhenti.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bere[b«.Ä«]kata adjektifberkenaan ubi-ubian, jagung dan lain-lain yang dibakar tetapi belum cukup masak.Pupo ubi kayu tu beto-beto, kang bere mabok pulok.[pu.po u.bi kA.ju tu b«.to-.b«.t kAN b«.Ä« mA.bo/ pu.lo/]Bakar ubi kayu itu betul-betul, nanti belum masak mabuk pula.
kue hati pari[ku.we hA.ti pA.Äi] sejenis kuih tradisi pahang, ia dibuat daripada jagung kampung yang dikisar dan diambil patinya, seterusnya dimasak dengan santan pekat dan gula.   
lek[lE/]kata namakawasan tanah rendah.Kat lek elok tanam jagong.[kAt lE/ E.lo/ tA.nAm dZA.goN]Kawasan tanah rendah itu elok ditanam jagung.
loncek[lon.tSE)/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang tajam.Nok tugai jagong kene gune kayu loncek.[n/ tu.gAj dZA.goN k«.n« gu.n« kA.ju lon.tSE)/]Kalau hendak menanam jagung hendaklah menggunakan kayu tajam.
tajol[tA.dZol]kata namatali pendek untuk mengikat sesuatu.Wek ikat jagong tue dengan tajol dekat pare.[we i.kAt dZA.goN tu.w« d«.NAn tA.dZol d«.kAt pA.Ä«]Nenek mengikat jagung tua dengan tali pendek dekat para.
repih[Ä«.peh]kata kerjamerumput.Wek repeh kat belakang rumoh nok tanam jagong.[we/ Ä«.peh kAt b«.lA.kAN Äu.mh n/ tA.nAm dZA.goN]Nenek merumput di belakang rumah kerana hendak bertanam jagung.

Kembali ke atas