Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Ikan kukus tulangnya lembut,
     Tulang lembut jarang-jarang;
Kami belayar jangan disebut,
     Takut dilanggar batu karang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jarang bederang[dZA.ÄAN b«.d«.ÄAN] berkenaan baju, kain dan sebagainya yang sangat jarang; jarang merenye.Janganla pakai kaen jarang bederang tu, malu kat orang.[dZA.NAn.lA pA.kAj kA.en dZA.ÄAN b«.d«.ÄAN tu mA.lu kAt .ÄAN]Janganlah pakai kain jarang bederang itu, malu pada orang.
jarang merenye[dZA.ÄAN m«.Ä«.øE] berkenaan baju, kain dan sebagainya yang sangat jarang; jarang bederang.Malu kawan nengok dia pakai baju jarang merenye.[mA.lu kA.wAn nE.N/ di.j« pA.kAj bA.dZu dZA.ÄAN m«.Ä«.øE]Malu saya tengok dia pakai baju jarang merenye.

Kembali ke atas