tagang | [tA.gAN] | kata kerja | mengikat sesuatu sehingga tegang. | Tagang tali kat pokok tu, nok jemo kaen. | [tA.gAN tA.li kA/ p.k/ tu n/ j«.m kAen] | Ikat tali pada pokok itu, hendak jemur kain. |
joong | [dZ.oN] | kata adjektif | berkenaan cuaca yang sangat redup. | Joong je ari ni, nok jemo kaen pon tok boleh. | [dZ.oN dZ« A.Äi ni n/ dZ«.m kA.en pon t/ bo.leh] | Redup sahaja hari ini, hendak menjemur kain pun tidak boleh. |
bujang | [bu.dZAN] | | bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; buyong. | Mok junjong bujang jemo padi. | [m/ dZun.dZoN bu.dZAN dZ«.m pA.di] | Emak menjunjung bakul mengkuang untuk menjemur padi. |
daeng | [dA.eN] | kata adjektif | berkenaan keadaan ikan yang dibelah dua tanpa putus dari bahagian belakang kepala hingga ke ekor, biasanya untuk dikeringkan atau dipanggang. | Ikan daeng tu jemo cepat kering. | [i.kAn dA.eN tu dZe.m tSe.pAt k«.ÄiN] | Ikan daeng itu hendaklah dijemur supaya cepat kering. |