Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jéng.kél] | جيڠکيل

Definisi : (jéngkél) berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, men­dongkol: ~ hatiku melihat kelakuan gadis itu; menjengkeli sebal hati terhadap: ke­ba­nyakan orang kampung ~nya kerana tingkah lakunya; menjengkelkan 1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll): tin­dakan yg diambil itu ialah akibat ~nya melihat keadaan yg serba tidak terurus itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jéng.kél] | جيڠکيل

Definisi : /jéngkél/ berasa sakit hati atau kesal kerana permintaannya ditolak (nasihatnya tidak dipedulikan orang dll); sebal hati: Kalau aku sudah ~, aku tidak mahu melihat mukanya lagi. menjengkeli berasa jengkel pd: Orang ramai ~nya kerana perangainya yg keras kepala. menjengkelkan menimbulkan rasa jengkel; menyebabkan berasa jengkel: Perangai pemuda-pemuda liar di kampung itu ~ hati Datuk Penghulu. kejengkelan keadaan atau rasa jengkel: ~nya tidak dihiraukan oleh teman-temannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jengkel
Rujuk :marah


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hujong jengke[hu.dZoN dZ«N.kE] berkenaan jarak yang agak jauh.Dalam ramai-ramai die je yang kene bilek hujong jengkel.[dA.lAm ÄA.mAj.ÄA.mAj di.j« jAN k«.n« bi.lek hu.dZoN dZ«N.kE]Di antara semua dia seorang yang dapat bilik yang agak jauh.

Kembali ke atas