Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : ; ~ batang sj tumbuhan (pokok), saga, Adenanthera paronina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.du.ri] | کندوري

Definisi : majlis jamuan makan utk meminta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal dll. ~ arwah kenduri utk mendoakan orang yg telah meninggal. ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri. ~ Maulud kenduri utk menyambut hari Maulud. berkenduri mengadakan kenduri; menghadiri kenduri. mengendurikan menggunakan sesuatu utk berkenduri: Dia ~ daging korban itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
berolat[b«.č.lAt]kata kerjamengadakan kenduri kahwin.Bilenye awok bedue ni nok berolat[bi.l«.ø« A.w/ b«.du.w« ni n/ b«.č.lAt]Bilakah awak berdua ini hendak mengadakan kenduri kahwin.
rembat I[ÄEm.bAt]kata namabinaan sementara yang dibuat bersambung dengan rumah asal untuk tujuan kenduri kahwin.Semenggu sebelum kenuri orang buat rembat.[s«.meN.gu s«.b«.lum k«.nu.Äi .ÄAN bu.wAt rEm.bAt]Seminggu sebelum kenduri orang buat rembat.
jerambah[dZ«.ÄAm.bAh]kata namabangsal penyediaan makanan yang dibina khusus semasa kenduri.Gi ambek laok di jerambah.[gi Am.be/ lA.o/ di dZ«.ÄAm.bAh]Pergi ambilkan lauk di jerambah.
kedodong II[k«.do.doN]kata adjektifberkenaan lauk berkuah yang dikeringkan, biasanya lebihan lauk kenduri.Lempeng sedap makan dengan kedodong.[lEm.peN s«.dAp mA.kAn d«.NAn k«.do.doN]Lempeng sedap dimakan dengan lauk berkuah yang dikeringkan.
mbeng[mbeN]kata tugasberia-ia atau berselera.Mbeng bebeno koi makan kenuri semalam.[mbeN b«.b«.no kj mA.kAn k«.nu.Äi s«.mA.lAm]Berselera sungguh saya makan nasi kenduri semalam.
rokme[č.m«]kata namadapur yang dibuat dengan cara mengorek lubang di tanah.Bile nok kenuri kene buat rokme nok masok.[bi.l« n k«.nu. Äi k«.n« bu.wAt č.m« n mA.s]Apabila hendak mengadakan kenduri mestilah membuat rokme untuk memasak.
libon[li.bon]kata adjektifsibuk.Soh tanye apela dengan tuan rumah kenuri, libon ngat.[sh tA.ø« A.p«.lA d«.NAn tu.wAn Äu.mAh k«.nu.Äi li.bon NAt]Jangan tanya apa-apa pada tuan rumah kenduri, dia tersangat sibuk.
sakan[sA.kAn]kata adjektifberkenaan rasa puas hati atau berbaloi kerana mendapat manfaat.Kenuri arwoh tu orang tok ramai mari, kome makan sakan.[k«.nu.Äi AÄ.wh tu .ÄAN t/ ÄA.mAj mA.riko.m« mA.kAn sA.kAn]Kenduri arwah itu orang tidak ramai yang datang, kami makan banyak.
jihem[dZi.hem]kata adjektifberkenaan sesuatu yang banyak.Jihem beno krete kat rumoh aji, ade kenuri agaknye.[dZi.hem b«.no kÄE.t« kAt Äu.mAh A.dZi A.d« k«.nu.Äi A.gA/.ø«]Banyak sungguh kereta di rumah haji, ada kenduri agaknya.
se'eh[se/.eh]kata adjektifkenyang.Se'eh beto perot koi ni, lepah makan kenuri rumoh Pak Mat.[se/.eh b«.to p«.Äot koj ni l«.pAC mA.kAn k«n.u.Äi Äu.mh p/ mAt]Kenyang sungguh perut saya selepas makan kenduri rumah Pak Mat.
12

Kembali ke atas