Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ping] | کڤيڠ

Definisi : 1. pipih dan nipis: getah ~; 2. penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dsb) atau bagi sesuatu yg luas (spt tanah): dua ~ kertas; se~ tanah; 3. = kepingan; berkeping-keping 1. merupakan atau ter­diri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; mengeping menjadikan (membelah dll su­paya menjadi) berkeping-keping: bekerja keras ~ kayu; ~ getah; kepingan 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ping] | کڤيڠ

Definisi : sj ikan laut, kepal laut, Abudefduf notatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ping] | کڤيڠ

Definisi : ; akar buah ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), susuh ayam hutan, Luvunga scandens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ping] | کڤيڠ

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg pipih atau tipis (papan dll) atau yg lebar meluas spt tanah: dua ~ papan; se~ tanah. 2 = kepingan sesuatu yg pipih atau tipis bentuknya: getah ~. berkeping-keping terdiri drpd beberapa keping; berpecah-pecah drpd sesuatu yg lebih besar: Lapisan sel yg mati itu menjadi keras dan ~. mengeping menghiris, membelah dsb supaya berkeping-keping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keping (kata nama)
Bersinonim dengan helai, nipis, tipis, lembaran, carik, lampir, pipih, cabik, cebis;,
Kata Terbitan : berkeping-kepingan, mengeping, kepingan,


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
seturuh[s«.tu.Äuh]kata adjektifberkenaan seperangkat gula kabung yang dibungkus biasanya 10 hingga 15 keping.Berape rege seturuh gula kabong.[b«.ÄA.p« Ä«.g« s«.tu.Äuh gu.lA kA.boN]Berapa harga seperangkat gula kabung.

Kembali ke atas