Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sengeng[sE.NEN]kata adjektifberkenaan perubahan air muka kerana malu.Die sengeng lepaih kene maroh.[di.j« sE.NEN l«.pAC k«.n« mA.čh]Dia berubah air muka kerana malu selepas dimarahi.
rengkek[ÄEN.kE/]kata adjektifberkenaan membongkokkan badan kerana membawa bebanan di bahagian belakang badan.Badan Pak Usu rengkek bawok seguni derian.[bA.dAn pAk u.su ÄEN.kE/ bA.wo/ s«.gu.ni d«.Äi.jAn]Badan Pak Usu membongkok kerana membawa seguni durian.
   2.     berkenaan seseorang yang kurang terang ingatannya kerana sesuatu sebab seperti sakit, terlalu tua, jatuh.Dia ketoyong pase kene puko budak-budak jahat.[di.j« k«.to.joN pA.se k«.n« pu.ko bu.dA/.bu.dA/ dZA.hAt]Dia ketoyonh kerana dipukul budak-budak jahat.
monyeh[m.øEh]kata kerjamenyimpan makanan di dalam mulut tanpa dikunyah kerana sakit atau dipaksa makan.Malaslah suap nasik kat adek, monyeh aje.[mA.lAs.lAh su.wAp nA.si/ kAt A.de/ m.øEh A.dZ«]Malaslah hendak menyuapkan nasi kepada adik kerana dia hanya menyimpan di dalam mulut tanpa ditelan.
nekeh[n:«.keh]kata adjektif1. berkenaan sesuatu yang rosak, jahanam kerana tidak cermat dan berhati-hati.Basiko tu baru beli dah nekeh pase tak ceremat.[bA.si.k tu bA.Äu b«.li dAh n:«.keh pA.se tA/ tS«.Ä«.mAt]Basikal itu baru sahaja dibeli sudah rosak kerana tidak cermat.
   2. habis (kerana dicuri).Pak Mat maroh sungguh pase getah sekerap dia nekeh kene curi.[pA/ mAt mA.čh suN.guh pA.sE g«.tAh s«.k«.ÄAp di.j« n«.keh k«.n« tSu.Äi]Pak Mat marah sunguh sebab getah sekrapnya habis dicuri orang.
   2. berkenaan keadaan nasi yang keras kerana kurang air.Tambah ae siket dalam periok tu, nasik takot keseng.[tAm.bAh Ae si.ket dA.lAm p«.Äi.jo/ tu nA.si/ tA.kot k«.seN]Tambah sedikit lagi air ke dalam periuk, supaya nasi tidak keras.
kaleh[kA.leh]kata tugasmangli, lali kerana sudah biasa.Mok dah kaleh dengan perangai ayah.[m/ dAh kA.leh d«.NAn p«.ÄA.NAj A.jAh]Emak sudah mangli dengan perangai ayah.
gemunto[g«.mun.to]kata kerjaberlari kerana ketakutan.Budok penageh gemunto bile poleh datang.[bu.d/ p«.nA.geh g«.mun.to bi.l« p.leh dA.tAN]Budak penagih dadah lari ketakutan apabila polis datang.
gelagok[g«.lA.go/]kata kerjamenggeletar kerana kesejukan.Bado gelagok lepaih maen ujan.[bA.do g«.lA.go/ l«.pAC mA.en u.dZAn]Badul menggeletar selepas main hujan.
12345678910

Kembali ke atas