Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rus] | کوروس

Definisi : 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb men­dedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rus] | کوروس

Definisi : tidak gemuk atau tidak gempal (bkn tubuh badan dll): Ahmad ~ tetapi Ali gemuk. menguruskan menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Puisi
 

Kucing kurus mandi di papan,
     Papan bernama si kayu jati;
Bukanlah kurus sebab tak makan,
     Kurus menahan dendam di hati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Awak kurus daging menimbun.

Bermaksud :

Orang kaya yang berpura-pura miskin.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kekek[k«.kE/]kata adjektifkurus.Man makan banyok pon kekek.[mAn mA.kAn bA.ø/ pon k«.kE/]Saya makan banyak pun kurus.
regeh II[Ä«.geh]kata adjektifberkenaan orang dan haiwan yang kurus kering.Budak tu jok menagih badan doh regeh.[bu.dA/ tu dZ/ m«.nA.gih bA.dAn dh Ä«.geh]Budak itu sejak menagih badan sudah kurus kering.

Kembali ke atas